Wednesday, 1 February 2012

Asalnya Hari Yang Tujuh




Berita Alam Ghaib 4: Asalnya Hari Yang Tujuh


Sambungan daripada entri: Usia Dunia Menurut Perspektif Islam (Sila Klik Jika Belum Baca)

Dibawah ini penulis telah mencantumkan ayat-ayat yang menerangkan tentang kejadian langit dan bumi:

أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا ۖ وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ ۖ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ
Al-Anbiyaa 30.

"Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?"

وَجَعَلْنَا فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ بِهِمْ وَجَعَلْنَا فِيهَا فِجَاجًا سُبُلًا لَعَلَّهُمْ يَهْتَدُونَ
Al-Anbiyaa 31.

"Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak) bergoncang bersama mereka dan telah Kami jadikan (pula) di bumi itu jalan-jalan yang luas, agar mereka mendapat petunjuk"

وَجَعَلْنَا السَّمَاءَ سَقْفًا مَحْفُوظًا ۖ وَهُمْ عَنْ آيَاتِهَا مُعْرِضُونَ

"Dan Kami menjadikan langit itu sebagai atap yang terpelihara, sedang mereka berpaling dari segala tanda-tanda (kekuasaan Allah) yang terdapat padanya" (Al-Anbiyaa 32).

Maksudnya: yang ada di langit itu sebagai atap dan yang dimaksud dengan "terpelihara" ialah segala yang berada di langit itu dijaga oleh Allah dengan peraturan dan hukum-hukum yang menyebabkan dapat berjalannya dengan teratur dan tertib.

Cobalah perhatikan Firman Allah dalam surat Al-Hijr ayat 16 sampai ayat 22:

وَلَقَدْ جَعَلْنَا فِي السَّمَاءِ بُرُوجًا وَزَيَّنَّاهَا لِلنَّاظِرِينَ

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang (di langit) dan Kami telah menghiasi langit itu bagi orang-orang yang memandang (nya)"

وَحَفِظْنَاهَا مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ رَجِيمٍ

"dan Kami menjaganya dari tiap-tiap syaitan yang terkutuk".

إِلَّا مَنِ اسْتَرَقَ السَّمْعَ فَأَتْبَعَهُ شِهَابٌ مُبِينٌ

"kecuali syaitan yang mencuri-curi (berita) yang dapat didengar (dari malaikat) lalu dia dikejar oleh semburan api yang terang".

وَالْأَرْضَ مَدَدْنَاهَا وَأَلْقَيْنَا فِيهَا رَوَاسِيَ وَأَنْبَتْنَا فِيهَا مِنْ كُلِّ شَيْءٍ مَوْزُونٍ

"Dan Kami telah menghamparkan bumi dan menjadikan padanya gunung-gunung dan Kami tumbuhkan padanya segala sesuatu menurut ukuran".

وَجَعَلْنَا لَكُمْ فِيهَا مَعَايِشَ وَمَنْ لَسْتُمْ لَهُ بِرَازِقِينَ

"Dan Kami telah menjadikan untukmu di bumi keperluan-keperluan hidup, dan (Kami menciptakan pula) makhluk-makhluk yang kamu sekali-kali bukan pemberi rezki kepadanya".

وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا عِنْدَنَا خَزَائِنُهُ وَمَا نُنَزِّلُهُ إِلَّا بِقَدَرٍ مَعْلُومٍ

"Dan tidak ada sesuatu pun melainkan pada sisi Kami-lah khazanahnya dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran yang tertentu"

وَأَرْسَلْنَا الرِّيَاحَ لَوَاقِحَ فَأَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَسْقَيْنَاكُمُوهُ وَمَا أَنْتُمْ لَهُ بِخَازِنِينَ

"Dan Kami telah meniupkan angin untuk mengawinkan (tumbuh-tumbuhan) dan Kami turunkan hujan dari langit, lalu Kami beri minum kamu dengan air itu, dan sekali-kali bukanlah kamu yang menyimpannya".

Demikian beberapa ayat yang menerangkan tentang kejadian langit dan bumi, gunung-ganang, bintang-bintang dan lain-lain dan masih banyak ayat-ayat Allah yang menerangkan soal kejadian alam yang lain yang tidak di cantumkan disini.

Menurut apa yang penulis ambil dari keterangan Al-'Allamah Syaikh Nuruddin Ali sebagai berikut:

Hari pertama, iaitu Hari Ahad Allah jadikan langit,
Hari kedua, Hari Isnin Allah menjadikan gunung-gunung,
Hari ketiga, Hari Selasa Allah menjadikan pohon-pohonan dan tumbuh-tumbuhan
Hari keempat, Hari Rabu Allah menjadikan langit,
Hari kelima, Hari khamis Allah menjadikan matahari, bulan dan bintang-bintang
Hari keenam, Hari Jumaat Allah menjadikan malaikat, dan Nabi Adam,
Hari ketujuh, selesai.

Gunung ganang dan tumbuhan dicipta oleh Allah SWT pada hari isnin dan selasa

Allah jadikan bintang/planet yang tujuh:
1. Bintang Qamar (bulan)
2. Bintang Atharid
3. Bintang Zuhrah
4. Bintang Syams (matahari)
5. Bintang Musytari
6. Bintang Markh (mars)
7. Bintang Zuhal

Allah menjadikan Tujuh Syurga:
1. Jannatul-Ma'wa
2. Jannatun-Na'iem
3. Jannatul-Firdaus
4. Jannatu-Adnin
5. Jannatul-Khuldi
6. Daarul-Qaror
7. Daarul-Bawar

Allah menjadikan Tujuh Neraka:
1. Neraka Jahannam
2. Neraka Sa'ir
3. Neraka Huthomah
4. Neraka Hawiyah
5. Neraka Saqor
6. Neraka Jahim
7. Neraka Wail

Allah menjadikan Tujuh sungai di dalam Syurga:
1. Sungai Laban (susu)
2. Sungai Asal (madu)
3. Sungai Khamrah (arak)
4. Sungai Air tawar
5. Sungai Salsabil
6. Sungai Zanjabil
7. Sungai Rohiqum-Mahtum.

Sekian Terima Kasih


Anwar Suran Home – Feb 2012

Share:

9 comments:

  1. ada 7 ayat mubin dalam Yasin

    ReplyDelete
  2. @beE_ChaN Thanks kerana tambah lagi :)

    ReplyDelete
  3. same2.. tapi thanks jgk sbb kongsi entri ni.. semakin byk kita tahu, rupanya semakin byk yg kita tak tahu...

    ReplyDelete
  4. @beE_ChaN Mulanya saya pun tak tahu, tapi lepas baca buku, baru tahu... menda-menda macam nie takde dalam internet... kalau boleh share-share la ya kalo terjumpa menda baru dalam buku :)

    ReplyDelete
  5. kadang2 macam was2 jgk dgn info dari internet ni..lagi2 dari mr google..insyaAllah kalau terjumpa menda baru yg sy rasa ada kaitan dgn entri dlm blog ni sy akan share...sharing is caring :)

    ReplyDelete
  6. Sama la macam saya, was-was jugak baca fakta kat internet nie... sebab tu kalau artikel yang melibatkan hukum hakam islam saya terus rujuk dekat orang yang lebih arif macam ustaz-ustaz. Tapi kalau setakat cerita-cerita islam tu saya baca aje sebab tak melibatkan hukum-hakam pun :)

    ReplyDelete
  7. kalau bab2 hukum hakam tu takut jgk..takut tersalah jatuh hukum..dosa pulak..

    ReplyDelete
  8. @beE_ChaN Betul, bukan lagi dosa tetapi sesat =)

    ReplyDelete
  9. sebab tu skarang ni byk wujud ajaran sesat..main bantai je ikut hukum mane2 ntah

    ReplyDelete

Perhatian, segala entri dan 80 peratus daripada gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini adalah hasil dari rekaan dan idea My Cahaya Post. Gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini mempunyai bandwidth-nya yang tersendiri dan menyebabkan anda tidak boleh sesekali mengambil URL gambar-gambar tersebut. Jika anda ingin berbuat demikian, sila download gambar-gambar yang anda mahu dan upload semula di dalam blog anda. Selepas anda berbuat demikian, sila inform saya melalui ruangan komen, facebook page, email mahupun shoutbox. Sekian, terima kasih.

Bilangan Pelawat

Entri Terlaris

Hantarkan Email Anda