Tuesday, 31 January 2012

Usia Dunia Menurut Perspektif Islam


Berita Alam Ghaib 3: Usia Dunia Menurut Perspektif Islam


Sambungan dari entri: Sejak Bila Bakat Ditentukan Illahi?  (sila klik jika belum membacanya)



Diceritakan ketika Nabi Musa a.s bermunajat kepada Tuhan Rabbul-'Alamin di bukit Thursina, maka pada saat itu berkesempatan Nabi Musa a.s bertanya kepada Allah dengan mengajukan beberapa pertanyaan.

Jawab Allah: Pertama-tama aku menciptakan adalah Nur-Muhammad, kemudian aku jadikan Durratul-Baidhoo' dari Nur-Muhammad, dari Durratul-Baidhoo' aku jadikan 70000 negeri di cakerawala (jika kita pakai istilah sekarang ialah 70000 planet di cakerawala ). Maka satu planet itu luasnya tujuh puluh kali bumi. Tiap-tiap planet itu dijadikan penghuninya 70000 orang bukan bangsa jin, dan bukan bangsa manusia, dan juga bukan bangsa malaikat. Kesemuanya dijadikan dengan kalimat "Kun Fayakuun". Mereka beribadat kepada-Ku sampai 70000 tahun. Kemudian setelah itu, mereka jadi derhaka kepada-Ku, lalu Aku binasakan mereka itu semuanya.

Kemudian sesudah itu aku jadikan lagi 80000 buah negeri (planet) yang besarnya cuma sepuluh kali dari bumi dunia, semua berada di cakerawala yang bertingkat-tingkat. Di planet itu Aku ciptakan sebangsa unggas (burung) yang memakan tumbuh-tumbuhan dan biji-bijian sahaja. Lama kelamaan unggas-unggas itu pun musnah. Kemudian baru aku jadikan 20000 makhluk sebangsa manusia dari cahaya secara beransur-ansur lalu musnah jua.

Kemudian setelah berselang 70000 tahun sesudah itu, baru Aku jadikan Qalam, Lauhil-Mahfuzh, 'Arsy, kursi dan Malaikat. Maka setelah kira-kira 70000 tahun lagi barulah Aku jadikan Syurga dan Neraka, kemudian setelah itu baru aku jadikan makhluk manusia yang namanya Adam, tetapi bukan bapakmu Adam yang sekarang ini, Hai Musa.

Aku jadikan dia dari awal Adam sampai keturunannya yang terakhir 10000 tahun lamanya.

Setelah itu Aku jadikan pula Adam yang lain dengan keturunannya terakhir dalam masa 10000 tahun.

Demikian seterusnya Aku jadikan tiap-tiap Adam dan keturunannya dalam masa 10000 tahun ganti  berganti, sehingga mencapai 10000 orang Adam. Maka Adam yang sekarang inilah yang kesepuluh ribu kalinya. Demikianlah keterangan yang penulis dapat, dari kitab "Permulaan dijadikan langit dan bumi" oleh Al-'Allamah Syaikh Nuruddin Ali.

Para pembaca yang budiman. Jika kita renungkan keterangan di atas itu, jelaslah bagi kita, bahawa umur dunia ini, sudah lama benar, atau sudah tua betul. Cuba bayangkan sahaja, setiap Adam Tuhan ciptakan sampai anak keturunannya yang terakhir, adalah memakan waktu sampai 10000 tahun. Maka berapakah Jumlahnya 10000 x 10000 tahun? 10000 x 10000 = 100000000 tahun (seratus juta tahun).  Jadi jelasnya bumi kita telah dihuni oleh manusia yang pertama Tuhan ciptakan, sehingga Adam yang terakhir di zaman kita ini adalah lama masanya memakan waktu seratus juta tahun.

Kalau baru-baru ini ahli purbakala telah menemui tengkorak manusia di tanah mana-mana kawasan arkeologi  yang sudah berumur 300000 tahun, itu belum seberapa jika di bandingkan dengan keterangan dan pendapat 'ulama islam Syaikh Nuruddin Ali, bahawa bumi kita ini telah dihuni manusia sudah seratus juta tahun lamanya.
Tengkorak Purba
Untuk memperkuat keterangan akan sudah tua umurnya dunia, pernah diceritakan oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. tentang pengalaman dan penglihatannya dalam perjalanannya ke Isra' dan Mi'raj, iaitu baginda telah melihat ada seorang wanita memanggil-manggil dan merayu namanya. Wanita itu nampak sudah terlalu tua, namun masih cantik rupanya, memakai pakaian yang indah serta perhiasan yang gemerlapan, emas intan berlian.

Lalu Nabi bertanya kepada Jibril, Siapakah gerangan wanita itu?

Jawab Jibril : "Itulah Dunia!"

Kini, kita sama-sama dapat membuktikan dengan mata bahawa apa yang dilihat oleh Nabi itu, adalah betul-betul dunia, semakin tua bertambah cantik.

Yang dimaksud dengan dunia adalah negeri, atau bumi dimana tempat manusia tinggal. Cubalah kita perhatikan bandar-bandar di Malaysia, yang semakin hari pembangunannya semakin hebat dengan gedung-gedungnya yang menjulang tinggi, lebuh rayanya yang lebar dan luas, dengan lampu-lampu LEDnya yang berwarna warni dikala malam. Bukan di Malaysia sahaja, bahkan seluruh dunia sedang membangun.

Apakah artinya BANGUN dalam bahasa arabnya? bahasa arabnya adalah "Qiyaamah". Jadi jelas dunia sekarang sudah mulai mahu kiamat dimana-mana! Sudah dihias, atau sedang dihiasi dunia ini oleh manusia. Tinggal menunggu detik-detik sampai saatnya masa terakhir bagi dunia ini. Menandakan zaman akhir bahawa ciri dan alamatnya, adalah Allah tidak akan mengutus seorang Nabi sesudah Nabi Muhammad s.a.w. Kerana peribadi baginda sudah menjadi predikat Nabi Akhir Zaman.

Cubalah pembaca renungkan !

Bersambung di entri: Asalnya Hari Yang Tujuh

Anwar Suran Home – Jan 2012

Share:

5 comments:

  1. salam admin.. sy telah re-blog entri ini.. entri ini amat baik untuk umat islam yang lain.. sila lawat blog sy.. entri itu berada disini http://dakwahspot.blogspot.com/2012/02/usia-dunia-menurut-perspektif-islam.html

    ReplyDelete
  2. @Dakwah Spot Dipersilakan... ambil jelah mana-mana entri yang kamu suka ya... yang penting re-upload semula gambar-gambar dalam blog ni (kalau saudara mahu copy gambarlah...) pendek kata, jangan berkongsi URL gambar kerana dikhuatiri blog ini akan menjadi lembab untuk dibuka... Terima Kasih :)

    ReplyDelete
  3. Masya Allah....baru sy tau.... thanks...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.. saya nak minta izin copy entry ini.tanpa sebarang ubah suai.risau akan banyak berubah,jadi mohon izin admin nak copy.insyaAllah saya akan kreditkan ke admin blog ini. lagu satu,mohon admin berikan sumber rujukan kisah ini.sebab saya takut2 berani nak ceritakan kisah ini.sebab baru pertama kali tahu kisah ini.mohon admin sertakan rujukan kitab2 dan pengarang.terima kasih

    ReplyDelete

Perhatian, segala entri dan 80 peratus daripada gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini adalah hasil dari rekaan dan idea My Cahaya Post. Gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini mempunyai bandwidth-nya yang tersendiri dan menyebabkan anda tidak boleh sesekali mengambil URL gambar-gambar tersebut. Jika anda ingin berbuat demikian, sila download gambar-gambar yang anda mahu dan upload semula di dalam blog anda. Selepas anda berbuat demikian, sila inform saya melalui ruangan komen, facebook page, email mahupun shoutbox. Sekian, terima kasih.

Bilangan Pelawat

Entri Terlaris

Hantarkan Email Anda