Thursday 26 July 2012

Riwayat Roh Menziarahi Keluarganya Di Dunia


Berita Alam Ghaib 26: Riwayat Roh Menziarahi Keluarganya di Dunia


Sambungan dari entri: Berita Alam Ghaib 25 (sila klik jika belum membacanya lagi)

Adapun roh-roh orang-orang yang beriman masih diberi kesempatan berkeliaran melihat kuburnya serta kaum keluarganya sehingga tempoh setahun lamanya. Apabila lebih dari tempoh setahun, maka roh-roh itu akan dipindahkan pula ke tempat lain iaitu dimana tempat terkumpulnya roh-roh orang mukmin. Hal ini hanya berlaku bagi roh-roh orang mukmin sahaja.

Kata Ibnu Abbas: Apabila tiba hari-hari raya besar Islam seperti tanggal 10 Muharram, hari jumaat, tanggal 1 Rejab, pertengahan bulan Sya'ban dan malam Lailatulqadar, roh-roh orang mukmin akan diberi kesempatan untuk turun ke bumi bagi melihat keluarganya. Apabila ia telah sampai ke rumahnya, roh itu hanya mampu berkata-kata sahaja akan tetapi, yang masih hidup itu tidak akan dapat mendengarnya.

Roh itu berkata: "Hai keluargaku, hidupku kini sangat terasing, meskipun kamu tidak melihat aku, tapi aku dapat melihatmu dan mendengar perkataanmu. Aku tidak mengharapkan makan dan minum daripadamu, akan tetapi apa yang aku harapkan hanya doamu".

“Hendaklah kamu beringat pada suatu ketika nanti, kamu pasti akan mengalami keadaan seperti aku. Pergunakanlah waktu hidupmu untuk beribadat dan beramal soleh, berbuat segala macam kebajikan, itulah yang bermanfaat bagi dirimu”

Alangkah gembiranya roh jika melihat anak dan isterinya taat beribadat kepada Allah swt

Oleh kerana itu, jika didapati anak isterinya rajin beribadat dan tidak lupa juga mendoakannya, maka roh itu akan menjadi sangat girang lalu roh itu berdoa kepada Allah swt untuk keluarganya. Lalu kembalilah roh itu pada tempatnya dengan hati yang berasa puas.

Namun sebaliknya, jika dilihatnya keluarganya tidak beribadat serta dipenuhi perbuatan maksiat maka kembalilah roh itu dengan perasaan kecewa dan duka cita.

Oleh itu, untuk keluarga yang masih hidup, janganlah lupa terhadap anggota keluarga yang telah tiada dengan doa dan istighfar mohon diampunkan dosanya kepada Allah Ta'alaa, terutamanya bagi anak-anak yang orang tuanya telah meninggal dunia. Rajin-rajinlah mendo'akan kedua ibu bapa tiap-tiap hari, atau tiap-tiap selepas melakukan solat lima waktu, sebagaimana yang Allah swt ajarkan di dalam Al-Quran:

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
Ya Tuhan, ampunilah aku dan bagi kedua ibu bapaku, dan kasihanilah mereka berdua, sebagaimana keduanya mengasihi aku dimasa kecilku

Sekian Terima Kasih


Bersambung di entri: Berita Alam Ghaib 27

Anwar Suran Post – Julai 2012 (Ramadhan)


Share:

4 comments:

  1. Suka saya baca write up pasal hal hal yang berkaitan dengan kematian and roh2 macam ni.. menangis saya baca, walaupn dah baca byk2 kali...

    terima kasih dgn post2 yg menginsafkan... - Jlo Iggy @ fb

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, syukran jazilan :)

    ReplyDelete
  3. sy rndukan nenek sy. sy sllu doa dia dtg dlm mpi sy..sedihnya..dh 5tahun..dia pergi..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas tuntunannya, saya teringat oleh pacar saya yg bru 3hari ini meninggal karena kanker otak'a... Setelah membaca ini semoga hamba allah akan sadar betapa pedihnya siksa kubur, assalamualaikum

    ReplyDelete

Perhatian, segala entri dan 80 peratus daripada gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini adalah hasil dari rekaan dan idea My Cahaya Post. Gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini mempunyai bandwidth-nya yang tersendiri dan menyebabkan anda tidak boleh sesekali mengambil URL gambar-gambar tersebut. Jika anda ingin berbuat demikian, sila download gambar-gambar yang anda mahu dan upload semula di dalam blog anda. Selepas anda berbuat demikian, sila inform saya melalui ruangan komen, facebook page, email mahupun shoutbox. Sekian, terima kasih.

Bilangan Pelawat

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Entri Terlaris