Thursday, 26 July 2012

7 Amalan Yang Pahalanya Akan Terus Mengalir


Berita Alam Ghaib 27: Tujuh Amalan Yang Pahalanya Akan Terus Mengalir


Sambungan dari entri: Berita Alam Ghaib 26 (sila klik jika belum membacanya lagi)

Ketahuilah para pembaca sekalian…

Apabila kedua ibu-bapa kita telah meninggal dunia, maka segala amal perbuatan kita akan ditunjukkan oleh malaikat kepada kedua ibu-bapa kita di dalam kubur. Jika amal perbuatan kita baik, maka ibu bapa kita akan berasa amat senang hati lalu mendoakan kita. Sebaliknya, jika kita mengamalkan perbuatan yang berdosa, maka kedua-duanya akan berduka cita dan kecewa di dalam kubur. Maka beruntunglah ibu bapa yang mempunyai anak yang soleh yang selalu mendoakannya. Ini adalah kerana, si anak yang banyak melakukan ibadat serta amal jariah terhadap Allah swt adalah berkat daripada didikan ibu bapanya.

Amal jariah adalah sebutan bagi amalan yang terus mengalir pahalanya, walaupun orang yang melakukan amalan tersebut telah meninggal dunia. Amalan tersebut terus menghasilkan pahala yang terus mengalir kepadanya.

Bersedekah secara ikhlas kerana Allah swt merupakan salah satu dari contoh amal jariah

Hadis tentang amal jariah yang popular dari Abu Hurairah menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga macam perbuatan, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya" (HR. Muslim).

Selain dari ketiga jenis perbuatan di atas, ada lagi beberapa jenis perbuatan yang tergolong dalam amal jariah.

Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya diantara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya wafat ialah ilmu pengatahuan yang disebarluaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina untuk beribadat, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan, sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang banyak, dan harta yang disedekahkannya "(HR. Ibnu Majah).

Di dalam hadis ini disebut tujuh macam amal yang tergolong amal jariah sebagai berikut:

1. Menyebarluaskan ilmu pengetahuan yang bermanfaat, baik melalui pendidikan formal dan nonformal, seperti perbincangan, ceramah, dakwah, dan sebagainya. Termasuk dalam kategori ini adalah menulis buku yang berguna dan mempublikasikannya.

Sesi ceramah ilmu agama

2. Mendidik anak menjadi anak yang soleh. Anak yang soleh akan selalu berbuat kebaikan di dunia. Menurut keterangan hadis ini, kebaikan yang dipeibuat oleh anak soleh pahalanya sampai kepada ibu bapa yang mendidiknya yang telah meninggal dunia tanpa mengurangkan nilai/pahala yang diterima oleh kanak-kanak tadi.

Anak yang soleh

3. Mewariskan mushaf (buku agama) kepada orang-orang yang dapat memanfaatkannya untuk kebaikan diri dan masyarakatnya.

Buku-buku agama

4. Membangunkan masjid. Hal ini selaras dengan sabda Nabi SAW: "Barangsiapa yang membangunkan sebuah masjid kerana Allah walau sekecil apa pun, maka Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga" (HR. al-Bukhari dan Muslim). Orang yang membina masjid tersebut akan menerima pahala seperti pahala orang yang beribadah di masjid itu.
Hasil binaan masjid atau surau

5. Membangunkan rumah atau pondok bagi orang-orang yang bepergian untuk kebaikan. Setiap orang yang memanfaatkannya, baik untuk berehat sebentar mahupun untuk bermalam dan kegunaan lain yang bukan untuk maksiat, akan mengalirkan pahala kepada orang yang membinanya.

Menyediakan pondok atau wakaf

6. Mengalirkan air secara baik dan bersih ke tampat-tempat orang yang memerlukannya atau menggali perigi di tempat yang sering dilalui atau didiami orang ramai. Setelah orang yang mengalirkan air itu wafat dan air itu tetap mengalir serta terpelihara dari kecemaran dan dimanfaatkan orang yang hidup maka ia mendapat pahala yang terus mengalir.

Semakin banyak orang yang memanfaatkannya semakin banyak ia menerima pahala di akhirat. Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa membina sebuah telaga lalu diminum oleh jin atau burung yang kehausan, maka Allah akan memberinya pahala kelak di hari kiamat" (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Majah).

Menyediakan sumber mata air atau perigi

7. Menyedekahkan sebahagian harta. Sedekah yang diberikan secara ikhlas akan mendatangkan pahala yang berlipat ganda.

Membelanjakan harta atau bersedekah

Para pembaca yang budiman...

Demikianlah maksud tujuan amal jariah, yakni amal yang mengalir pahalanya bagi orang yang telah menyumbang amalnya atau ilmu untuk kebaikan dunia dan juga agama.

Seperti Firman Allah di dalam surat Al-Kahfi ayat 107-108 :

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا * خَالِدِينَ فِيهَا لَا يَبْغُونَ عَنْهَا حِوَلًا
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka adalah surga Firdaus menjadi tempat tinggal, * mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah dari padanya

Allah telah berpesan dalam Al-Qur'an dalam surat Al-Qasas ayat 77:

وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ
Janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan

Sekian Terima Kasih


Bersambung di entri: Berita Alam Ghaib 28

Anwar Suran Post – Julai 2012 (Ramadhan)



Share:

1 comment:

  1. Ijin Share di :
    http://duniamuallaf.blogspot.co.id/

    ReplyDelete

Perhatian, segala entri dan 80 peratus daripada gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini adalah hasil dari rekaan dan idea My Cahaya Post. Gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini mempunyai bandwidth-nya yang tersendiri dan menyebabkan anda tidak boleh sesekali mengambil URL gambar-gambar tersebut. Jika anda ingin berbuat demikian, sila download gambar-gambar yang anda mahu dan upload semula di dalam blog anda. Selepas anda berbuat demikian, sila inform saya melalui ruangan komen, facebook page, email mahupun shoutbox. Sekian, terima kasih.

Bilangan Pelawat

Entri Terlaris

Hantarkan Email Anda