• My Cahaya

    Lari Dari Kegelapan Menuju Cahaya

Sunday 20 May 2012

Tanda Hidup Kita Tidak Diberkati Allah SWT


Tanda-Tanda Hidup Kita Tidak Diberkati Allah SWT


Assalamualaikum,

Harap pembaca semua sihat dan ceria hendaknya. Baru-baru ini penulis ada terbaca artikel di dalam facebook mengenai tanda-tanda hidup kita tidak diberkati Allah swt dan penulis rasa eloklah penulis berkongsi artikel tersebut terhadap pembaca semua kerana ia sangat penting untuk renungan kita bersama. Jom kita sama-sama muhasabah diri!


*******************

Banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah:

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Aduh, alangkah malang dan ruginya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing. Sama-sama muhasabah dan mengingati diri sendiri juga.

Sumber: Klik disini

******************


P/S: Baiklah, mungkin pembaca tertanya-tanya kenapa kehidupan sesetengah manusia tidak diberkati Allah swt? Satu sahaja jawapannya iaitu kita tidak pernah berniat melakukan sesuatu perkara kerana Allah swt. Ingatlah, setiap apa yang kita kerjakan wajiblah berniat kerana Allah swt tidak kiralah perkara apa sekalipun samada ada menyiapkan kerja sekolah, menolong rakan, pergi ke kedai, berkahwin, belajar, bersukan, dan apa-apa sahaja. Jika kita mengamalkan niat kerana Allah swt setiap kali melakukan sesuatu, insyaallah Allah akan permudahkan setiap urusan kita dan membuatkan hati kita sentiasa bahagia.


Sekian Terima Kasih

Anwar Suran Post – Mei 2012 



Share:

Tuesday 15 May 2012

Tempat Dewa-Dewi Agama Hindu ‘Dilahirkan’


Tempat Dewa dan Dewi Agama Hindu ‘Dilahirkan’


Untuk pengatahuan pembaca sekalian, di dalam agama Hindu tiada tatacara sebenar untuk pengganut mereka menyembah tuhan atau dewa-dewi mereka.  Malah, mereka boleh menyembah tuhan mereka dalam apa jua kaedah sekalipun. Ada yang pergi ke kuil, ada yang menyembah api, ada yang bersedekah, ada yang menyembah berhala (dewa-dewi) sebagai perantaraan dengan tuhan mereka serta pelbagai lagi kaedah yang lain. Ramai di antara kita tersalah anggap dan mengatakan pengganut agama Hindu menyembah banyak tuhan oleh kerana kita melihat ada banyak berhala-berhala di kuil mereka. Sebenarnya, berhala-berhala tersebut adalah dewa-dewi mereka dan mereka hanya menyembah satu tuhan sahaja.

Pengganut agama Hindu sering merasakan yang mereka terlalu hina untuk sembah secara terus terhadap tuhan mereka dan mereka memerlukan perantaraan untuk melakukan penyembahan iaitu melalui dewa dan dewi mereka. Di dalam agama Hindu juga tidak melarang untuk pengganutnya menyembah tuhan yang lain seperti Jesus Christ, Allah swt dan sebagainya kerana pengganut agama Hindu percaya bahawa agama mereka adalah agama universal dan merupakan agama terawal di muka bumi ini. Tahukah pembaca sekalian bahawa Masjidil Haram, Mekah pernah dijadikan kuil Hindu suatu ketika dahulu? Ia dinamakan sebagai Kuil Shiva iaitu pada zaman Nabi Ibrahim sehingga zaman Nabi Muhammad ketika kecil.

Sekarang, mari kita sama-sama melawat tempat dewa dan dewi agama Hindu 'dilahirkan'. Bertempat di Banamali Sarkar Street yang merupakan kampung seni terkenal di Kumortuli, Utara Kolkata iaitu ibu kota negeri timur India, West Bengal. Menurut penghasil seni tembikar ini, kejiranan Kolkata membekal patung dewa-dewi Hindu dan mengeksportnya ke negara luar serta diperluaskan sehingga ke Eropah dan Afrika. Juga pernah diterbangkan ke Sweden, Australia, Malaysia dan Nigeria pada tahun 1989.













p/s: Rasa-rasanya tinggi manalah ‘pangkat’ pembuat berhala ini ‘disisi Tuhan’ mereka ya? Ingat, pembaca semua perlulah menghormati agama dan kepercayaan masyarakat-masyarakat yang lain dan tidak perlulah memperlekehkan mahupun mengejek agama mereka. Teruskan usaha dakwah kita bersama agar mereka berminat terhadap Islam.


Sekian Terima Kasih

Anwar Suran Post – Mei 2012



Share:

Monday 14 May 2012

Gambar Pintu Ke 'Neraka'


Gambar Pintu ke 'Neraka'


Untuk makluman pembaca sekalian, pintu ke 'neraka' yang dimaksudkan penulis adalah gelaran terhadap kawah yang sentiasa mengeluarkan api sepanjang waktu. Kawah berapi yang begitu dikenali di kalangan pelancong dengan panggilan "The Gates of Hell" ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Pada tahun 1971, sekumpulan ahli geologi Soviet datang ke Darvaza, Turkmenistan dalam misi mencari sumber gas. Namun ketika proses menggerudi, tanah di bawahnya runtuh menyebabkan terbentuknya kawah seluas 60 meter dengan kedalaman 20 meter. Gas metana yang beracun turut keluar dari kawah tersebut. Ahli geologi mengambil keputusan untuk menyalakan gas tersebut sebagai langkah keselamatan. Sehingga kini, kawah ini sentiasa terbakar dan menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.


Jika beginilah keadaan sebenar pintu ke neraka, agak-agaknya mesti orang yang nak ke neraka itu tersenyum dan tergelak besar sampai terkentut. Sesungguhnya neraka yang sebenar itu MAHA DAHSYAT. Minta Allah swt jauhkan, amin…


Sekian Terima Kasih

Anwar Suran Post - Mei 2012



Share:

Perhatian, segala entri dan 80 peratus daripada gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini adalah hasil dari rekaan dan idea My Cahaya Post. Gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini mempunyai bandwidth-nya yang tersendiri dan menyebabkan anda tidak boleh sesekali mengambil URL gambar-gambar tersebut. Jika anda ingin berbuat demikian, sila download gambar-gambar yang anda mahu dan upload semula di dalam blog anda. Selepas anda berbuat demikian, sila inform saya melalui ruangan komen, facebook page, email mahupun shoutbox. Sekian, terima kasih.

Bilangan Pelawat

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Entri Terlaris