Wednesday, 8 February 2012

Riwayat Asal Kejadian Nabi Adam



Berita Alam Ghaib 11: Riwayat Asal Kejadian Nabi Adam A.S


Sambungan daripada entri: Berita Alam Ghaib 10 (sila klik jika belum baca)

Pada suatu ketika Allah swt memerintahkan malaikat jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanah yang akan dijadikan sebagai bahan untuk mencipta Adam. Namun, setelah sampai ke bumi, bumi enggan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, hingga bumi bersumpah, "demi Allah ia tidak rela sebahagian tanahnya dijadikan Adam kerana ia khuatir kelak Adam akan menjadi derhaka kepada Allah!"

Lalu jibril kembali ke hadirat Allah, ia tidak dapat berbuat apa-apa setelah mendengar bumi bersumpah.

Kemudian Allah menitahkan malaikat Mikail pula turun ke bumi, dengan tujuan yang sama. Namun, setelah mendengar sumpahan bumi, seperti apa yang telah dikatakan Jibril, Mikail pun tidak dapat berbuat apa-apa, ia pun kembali ke hadirat Allah dengan tangan-tangan hampa.

Bumi amat takut tanahnya diambil kerana dikhuatiri Adam akan  menderharkai Allah swt
 Akhirnya Allah menitahkan malaikat Izra'il supaya turun ke bumi untuk mengambil tanah.

Kata Allah : "Hai Izra'il engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kamu kerjakan atas perintah dan atas namaKu".

Begitulah setelah Izra'il tiba diatas bumi ia berkata : "Hai bumi, ketahuilah kedatanganku ke mari atas perintah Allah dan atas nama Allah. Jika engkau membantah atas pekerjaanku ini, bermakna engkau membantah perintah Allah, dan tentunya engkau tidak ingin menjadi makhluk yang durhaka kepada Allah, bukan?".

Setelah mendengar kata-kata Izra'il sedemikian, bumi tidak dapat berkata apa-apa lagi kecuali membiarkan sahaja Izra'il mengambil tanahnya dengan pasrah. Setelah Izra'il mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadhirat Allah.

Kata Allah : "Ya Izra'il… pertama, engkau yang aku tugaskan untuk mengambil tanah, dan kelak engkau pula yang aku tugaskan untuk mencabut ruh manusia.

Jika demikian, hamba kuatir yang hamba ini akan dibenci oleh anak adam kerana pekerjaan hamba ini, kata Izra'il.

"Tidak!" jawab Allah… Mereka tidak akan memusuhi engkau. Aku yang mengaturkanya. Lalu aku jadikan sebab-sebab untuk mendatangkan kematian bagi mereka. Seperti sebab terbunuh, sebab terbakar, sebab sakit dan sebagainya.

Manusia tidak akan menyalahkan Malaikat jika dicabut nyawanya

Menurut keterangan para alim Ulama bahawa tanah-tanah itu adalah seperti berikut:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Telaga Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah Babilon ( Babylon )
10. Tanah India
11. Tanah Syurga Firdaus
12. Tanah Tha'if

Kata Ibnu Abbas:

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana disitulah berada otak manusia, dan disitulah tempat akal

2. Telinganya dari tanah bukit Tursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat

3. Dahinya dari tanah Iraq, kerana disitu tempat sujud kepada Allah

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan

5. Mata dari tanah telaga Al-Kautsar tempat untuk menarik perhatian

6. Giginya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat bermanis-manis

7. Tangan kanannya dari tanah Ka'bah, untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia

Kepala Nabi Adam diperbuat daripada tanah Baitul Maqdis dan disinilah terletaknya otak dan akal
8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak

9. Perutnya dari tanah Khurasan, tempat lapar dan haus

10. Kemaluannya dari tanah Babylon, disitu tempat seks (berahi) dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa

11. Tulang dari tanah Bukit Tursina, sebagai alat penyokong tubuh manusia

12. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan

13. Hatinya dari tanah Syurga Firdaus, kerana disitu tempatnya iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya

14. Lidahnya dari tanah Tha'if tempat mengucap syahadah, bersyukur dan berdoa kepada Tuhan.


Sekian Terima Kasih

Bersambung di entri: Berita Alam Ghaib 12

Anwar Suran Home – Feb 2012

Share:

10 comments:

  1. pernah terbaca saiz Nabi dulu2 agak besar kan..betul eh?

    ReplyDelete
  2. @beE_ChaN Tepat sekali... size manusia dulu-dulu memang besar-besar kemudian terus mengecut dan jadi pengecut hehe... Tinggi Nabi Adam 30 hasta rasanya, mungkin sama tinggi dengan pohon kelapa di tepi pantai...

    ReplyDelete
  3. Subhanallah...tingginya...agaknya kalau compare dgn manusia zaman sekarang mesti rasa kita ni macam semut je kan?

    ReplyDelete
  4. Betul. Nabi Muhammad saw pun bersaiz besar berbanding kita... tapi besar sikit je. Kalau tak percaya lihatlah size terompah atau jubah baginda, search kat google ya. Takpun nanti saya buat entri baru tentang size masyarakat terdahulu :)

    ReplyDelete
  5. okay..secara tak langsung saya dah menyumbang kepada idea entri baru..hehe..walaupun ciput.. :D

    ReplyDelete
  6. mmg penciptaan adam adlh yg trbaik

    ReplyDelete
  7. kenapa diberi nama nabi adam a.s
    kenapa tidak jhon ke leman ke
    atau nama lain
    kenapa nama adam

    ReplyDelete
  8. kenapa di beri nama nabi adam a.s
    tidak wahab ke ijam ke
    atau lain
    apa sebabnya.

    ReplyDelete
  9. urusan Allah..buat pe nk pening2.sesungguhnya pengetahuanmu ttg roh itu amatlah sedikit.bukan urusanmu utk mempersoal..dia nk bg nama tu..ikut dia la..yg penting kn tau apa mahunya Allah pd Adam..tau dah?

    ReplyDelete
  10. Kata Syeikh Iskandar Zulqarnaen : Ada pun asal kejadian lembaga Nabi Adam AS, dijadikan dari 7 kepal tanah Mekah. Maka sebab itu permukaan tanah Mekah itu seperti berkawah. Maka terbentuklah 7 anggota utama Nabi Adam AS. Lalu dilengkapkan dengan 10 pancaindera dan organ-organ dalaman Nabi Adam AS. Maka terbina lengkap sempurna "17 anggota Nabi Adam AS". Maka sebab itu anak cucu warisan Nabi Adam AS diwajibkan mendirikan Solat 5 waktu sebanyak "17 rakaat sehari semalam". Maka sebab itu tatakala bersolat itu kita diwajibkan berkiblat menghadapkan jasad batang tubuh keBaitullah diMekah, titik asal kejadiannya Nabi Adam AS...

    Persoalannya : Kepada Malaikat yang mana satukah Allah perintahkan menjalankan tugas-tugas itu.? Kebumi manakah diangkut tempat bertempanya lembaga Nabi Adam AS itu..?? Berapa lamakah tempoh masanya bermula diangkut dari tanah Mekah hingga siap lengkap, hingga bernayawa hidup lembaga Nabi Adam AS itu...??? Tidak ada sesiapa yang tahu, melainkan kepada mereka itu yang sedikit. Jawapannya : Allahu'alam... Hanya Allah Rabbul Jalal Yang Maha Pencipta jua Yang Maha Tahu....

    ReplyDelete

Perhatian, segala entri dan 80 peratus daripada gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini adalah hasil dari rekaan dan idea My Cahaya Post. Gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini mempunyai bandwidth-nya yang tersendiri dan menyebabkan anda tidak boleh sesekali mengambil URL gambar-gambar tersebut. Jika anda ingin berbuat demikian, sila download gambar-gambar yang anda mahu dan upload semula di dalam blog anda. Selepas anda berbuat demikian, sila inform saya melalui ruangan komen, facebook page, email mahupun shoutbox. Sekian, terima kasih.

Bilangan Pelawat

Entri Terlaris

Hantarkan Email Anda