Monday 27 February 2012

Menjawab Persoalan Mengenai Maut


Berita Alam Ghaib 15: Menjawab Persoalan Mengenai Maut


Sambungan dari entri: Berita Alam Ghaib 14 (Sila klik jika belum baca)

Sebagaimana kita maklum, Allah menjadikan setiap makhluk yang bernyawa itu ada batasnya. Begitu juga dengan kehidupan kita, pasti ada penghujungnya iaitu "Ajal" seperti mana Firman Allah di dalam Al-Qur'an:

إِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ فَلَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ

"Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya walaupun sesaat pun dan tidak (pula) mendahulukan(nya)" (10:49)

Allah Subhanahu Wa Ta'alaa Maha Bijaksana untuk mengambil nyawa hamba-hambaNya, tidaklah datang merentap nyawa begitu sahaja, tetapi ia diambil dengan penuh teliti dan adil. Biasanya jika seseorang itu akan tiba saat ajalnya, maka keluarga orang itu kadang-kadang akan mendapat alamat atau tanda-tandanya dahulu. Misalnya jika salah seorang dari ahli keluarga akan menemui ajal, maka diantara seluruh keluarganya pasti ada yang akan termimpi seperti gigi tercabut dan sebagainya. Demikianlah penulis alami berkali-kali. Atau kelakuan orang yang akan meninggal itu sendiri nampak seperti ganjil-ganjil atau pendek kata buang tabiat.

Terdapat pelbagai penyebab yang akan mendatangkan kematian pada manusia dan selalunya disebabkan penyakit. Akan tetapi, pada zaman sekarang ini terdapat banyak sekali perkara yang mengakibatkan kematian, contohnya seperti kemalangan jalan raya, termakan hasil tumbuhan atau ternakan yang telah teradiasi disebabkan oleh kilang Nadir Bumi seperti di wilayah Baotou, China, mati dimakan buaya, mati dibom oleh wanita gempal sehingga tertinggal serpihan tulang,  dan 1001 macam sebab lagi. Maka sudah menjadi peraturan atau hukum Allah, iaitu menjadikan sesuatu dengan ada sebab. Misalnya, Allah akan menjadikan keturunan manusia disebabkan oleh perkawinan seorang lelaki dengan seorang perempuan. Begitu seterusnya hukum Allah berlaku sehinggalah hari penutupan dunia, iaitu Kiamat.

Ramai pekerja zaman moden ini mati akibat menghidap penyakit pencemaran dan juga kecelakaan di kilang

Firman Allah di dalam Al-Qur'an surat Al-Ahzab ayat 62 :

وَلَنْ تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّهِ تَبْدِيلًا

"kamu sekali-kali tiada akan mendapati perubahan pada sunnah Allah".

Jika pada zaman dahulu hanya kaum wanita sahaja yang melahirkan anak, maka begitulah juga sekarang ini seperti mana yang Allah swt jadikan iaitu kaum wanitalah juga yang hamil dan melahirkan anak. Dari semenjak zaman Siti Hawa sehinggalah sekarang ini dan juga pada masa akan datang.

Firman Allah di dalam surat Al-'Imraan ayat 154 :

قُلْ لَوْ كُنْتُمْ فِي بُيُوتِكُمْ لَبَرَزَ الَّذِينَ كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقَتْلُ إِلَىٰ مَضَاجِعِهِمْ

Katakanlah: "Sekiranya kamu berada di rumahmu, nescaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu keluar (juga) ke tempat mereka terbunuh".

Keterangan Allah seperti ini sering terjadi, seperti pernah diceritakan peristiwa yang terjadi di zaman Nabi Sulaiman a.s.

Menurut riwayat, ketika Nabi Sulaiman a.s. sedang duduk berkumpul bersama ahli jema'ahnya di dalam sesi pembelajaran agama, tiba-tiba datang seorang tetamu yang tidak dikenalinya, yang matanya tidak lepas memandang kepada salah seorang ahli jemaah itu. Semua yang hadir menyaksikannya. Kemudian setelah si tetamu asing itu bercakap-cakap dengan Nabi Sulaiman, lalu tetamu asing itu keluar dan terus menghilang. Secara tiba-tiba perasaan si jemaah yang dipandang oleh sang tetamu asing tadi menjadi resah dan gelisah, lalu diminta Nabi Sulaiman menghantarnya pulang, sedangkan rumah orang itu amat jauh sekali, iaitu di negara China!

Jika kita ditakdirkan mati di China, pasti Allah akan mencabut nyawa kita disana tepat juga dengan masanya

Kemudian Nabi Sulaiman a.s. menghantarkan pemuda itu pulang ke China dengan menggunakan permaidani yang dibawa oleh angin atau permaidani terbang (cerita ini bukan dongeng ok). Setelah pemuda itu dihantarkan pulang, lalu Nabi Sulaiman a.s. menerangkan kepada semua jemaah mengenai perkara sebenar yang berlaku sebentar tadi:

"Sebenarnya tetamu asing yang datang itu adalah Malaikatul-Maut! Siapa sangka dia datang dengan keadaan dirinya dalam bentuk jelmaan manusia. Dia berkata-kata kepadaku iaitu katanya menurut catatannya, bahawa pemuda itu harus mati di negara China, tetapi orangnya masih lagi berada disini. Jadi malaikat itu meminta bantuanku supaya menghantarkan orang itu cepat-cepat ke negerinya". 

Demikianlah permintaan dan tugas malaikat itu, maka setelah sampai ke negerinya, terjatuhlah jemaah tersebut dari atas permadani, maka di saat itu Malaikatul-Maut datang mencabut nyawanya.

Tersebut pula di dalam riwayat lain pada zaman dahulu kala, ada seorang lelaki yang amat soleh, yang selalu mendoakan setiap hari seperti ini:

"Ya Allah Ya Tuhanku, ampuni aku dan malaikat matahari"

Jika kita ditakdirkan mati di matahari, tidak mustahil Allah swt akan menghantar kita kesana untuk mati! 

Kemudian Allah menyuruh Malaikat Matahari turun ke bumi untuk mengunjungi orang itu. Katanya : "Sesungguhnya engkau selalu mendoakan aku, apakah tujuanmu?"
Jawab orang lelaki itu : "Tujuanku ialah supaya kamu bawakan aku ketempatmu, dan tanyakan kepada malaikatul-maut bilakah ajalku?

Lalu malaikat penjaga matahari membawa orang itu pergi ke tempatnya di matahari. Kemudian malaikat matahari itu pergi bertanya kepada malaikatul-maut, bilakah saat ajal orang itu.

Malaikatul-maut segera melihat daftar nama-nama manusia, kemudian lalu berkata: "Ya sudah hampir saatnya, bahawa ia akan mati apabila sudah berada di matahari".

Maka tanpa berlengah lagi, malaikatul-maut lalu mencabut nyawa orang lelaki itu. Dekat matahari pun ada orang mati. Itulah tanda kekuasaan Allah swt iaitu akan mencabut nyawa seseorang tepat pada masa dan tempatnya. Subhanallah. Jika direnungkan, anak gadis sunti yang datang dari Mongolia pun boleh mati di Malaysia di dalam keadaan yang amat sadis iaitu di bom!

Demikian itulah yang dinamakan Qadha dan Qadar


Sekian Terima Kasih

Bersambung di entri: Berita Alam Ghaib 16

Anwar Suran Post – Feb 2012

Share:

0 Komen:

Post a Comment

Perhatian, segala entri dan 80 peratus daripada gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini adalah hasil dari rekaan dan idea My Cahaya Post. Gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini mempunyai bandwidth-nya yang tersendiri dan menyebabkan anda tidak boleh sesekali mengambil URL gambar-gambar tersebut. Jika anda ingin berbuat demikian, sila download gambar-gambar yang anda mahu dan upload semula di dalam blog anda. Selepas anda berbuat demikian, sila inform saya melalui ruangan komen, facebook page, email mahupun shoutbox. Sekian, terima kasih.

Bilangan Pelawat

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Entri Terlaris