Thursday, 16 February 2012

Keluarnya Iblis Dari Syurga


Berita Alam Ghaib 13: Iblis Keluar dari Syurga


Sambungan dari entri: Berita Alam Ghaib 12 (sila klik jika belum membacanya lagi)

Pada suatu masa Allah memanggil semua malaikat berkumpul untuk sujud kepada Adam, yang mana sujud kepadanya bukanlah sujud untuk menyembah Adam, tetapi sujud itu adalah sujud sebagai penghormatan terhadap Adam, sesuai kedudukan Adam yang akan menjadi Khalifah Tuhan di Dunia. Kemudian semua Malaikat sujud , kecuali Iblis (azazil) yang tidak mahu sujud, seperti Allah terangkan berturut-turut dalam surat Al-A'raf dari ayat 12 sampai ayat 17:

Seketika dilihat Iblis tidak mahu sujud lalu Tuhan menegurnya:

قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ

Tuhan menegurnya : "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?"

قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ

Jawab iblis "Aku lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan aku dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah"

Begitulah jawab Iblis dengan sombong, sudah tentu jawapan sedemikian, tidak sepatutnya diucapkan dihadapan Allah, apalagi perintah itu datangnya dari Allah. Sudah selayaknya sebagai makhluk Allah, hendaknya ia tidak keberatan untuk melakukan perintah itu. Akan tetapi kerana kesombongannya itu ia berbuat demikian, berani membantah perintah Tuhan.

kemudian Allah swt berfirman :

قَالَ فَاهْبِطْ مِنْهَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَنْ تَتَكَبَّرَ فِيهَا فَاخْرُجْ إِنَّكَ مِنَ الصَّاغِرِينَ

Allah berfirman: "Turunlah kamu dari syurga itu, kerana kamu sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina"

الَ أَنْظِرْنِي إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ

Iblis menjawab: "Berikanlah aku tangguh sehingga waktu mereka dibangkitkan"

Maksudnya: janganlah aku dan anak cucu aku dimatikan sampai hari kiamat sehingga aku berkesempatan menggoda Adam dan anak cucunya.

قَالَ إِنَّكَ مِنَ الْمُنْظَرِينَ

Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh"

Iblis nekad akan menyesatkan anak cucu Adam sehingga tiba hari kiamat!

Rupanya Iblis sudah menjadi nekad, setelah diberi waktu yang cukup lama sampai kiamat, bukan berfikir mahu bertaubat atau meminta maaf di atas kata-katanya yang sudah terlanjur, malah semakin mengeluarkan ancaman terhadap Adam dan keturunannya.

قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ

Iblis menjawab: "Kerana Engkau telah menghukum aku tersesat, aku benar-benar akan (menghalangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus,

ثُمَّ لَآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ ۖ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ

kemudian iblis berkata lagi : "Pasti aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (ta'at)"

Demikian peristiwa iblis yang tidak mahu sujud kepada Adam, akhirnya ia diusir dari Syurga. Menurut riwayat lain, sesungguhnya iblis itu keturunan Jin, Seperti Allah terangkan dalam surat Al-Kahfi ayat 50 :

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia menderhakai/membantah perintah Tuhannya.


Sekian Terima Kasih

Bersambung di entri: Berita Alam Ghaib 14

Anwar Suran Home – Feb 2012

Share:

0 Komen:

Post a Comment

Perhatian, segala entri dan 80 peratus daripada gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini adalah hasil dari rekaan dan idea My Cahaya Post. Gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini mempunyai bandwidth-nya yang tersendiri dan menyebabkan anda tidak boleh sesekali mengambil URL gambar-gambar tersebut. Jika anda ingin berbuat demikian, sila download gambar-gambar yang anda mahu dan upload semula di dalam blog anda. Selepas anda berbuat demikian, sila inform saya melalui ruangan komen, facebook page, email mahupun shoutbox. Sekian, terima kasih.

Bilangan Pelawat

Entri Terlaris

Hantarkan Email Anda