Thursday, 2 February 2012

Asal Kejadian Malaikat Serta Tugasnya


Berita Alam Ghaib 6: Asal Kejadian Malaikat Serta Tugasnya


Sambungan dari entri: Tujuh Ayat Hebat Yang Dinamakan Sa’bul-Matsani (sila klik jika belum membacanya lagi)

Sesungguhnya Malaikat itu adalah makhluk Allah yang dijadikan daripada "Cahaya"
"Qoodiruuna 'alattashakkuli wa qoth'il masaafati fii muddatin waa hidatin"
"Mereka pandai bersalin rupa dan dapat memotong perjalanan yang jauh dalam satu detik saja"

Sesungguhnya erti malaikat, adalah yang memiliki pekerjaan tertentu pada masing-masing bahagiannya. Dan malaikat ini Allah jadikan tidak sedikit jumlahnya, lebih banyak malaikat berbanding bilangan manusia.

Cuba pembaca bayangkan, tiap-tiap orang ada 2 malaikat, iaitu Raqib dan 'Atid dimana masing-masing di tugaskan pada pekerjaan tertentu. Raqib mempunyai tugas menulis amal dan perkataan yang mengandung kebaikan. 'Atid bertugas menulis amal dan perkataan manusia yang mengandung kejahatan.

Jadi andaikan penduduk di Malaysia pada masa kini sahaja sudah berjumlah jutaan orang, maka bererti malaikatnya berjumlah dua kali lipat ganda daripada itu.

Jumlah malaikat jauh berkali kali ganda berbanding jumlah manusia, malah lebih banyak daripada pepasir pantai!
Malaikat itu boleh berganti rupa, dan mampu berubah menjadi manusia. Nabi Muhammad s.a.w. sering didatangi malaikat Jibril membawa wahyu dengan rupanya seperti orang lelaki muda dan sangat tampan. Malaikat itu ciptaan Tuhan, tidak mempunyai ibu dan bapa. Tidak makan dan juga tidak minum, tidak tidur, tidak lupa dan tiada istilah penat bekerja.

Mereka bukan dari jenis lelaki dan bukan juga jenis perempuan serta bukan juga pondan! Mereka tidak mempunyai nafsu syahwat atau berahi. Namun demikian mereka taat akan perintah Allah tidak berani melanggarnya atau melalaikan tugasnya.

Seperti Tuhan menyatakan dalam Al-Qur'an dalam surat At-Tahrim ayat 6 berikut :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan".

Pernah Nabi Muhammad s.a.w ketika ke mi'raj melintasi langit-langit, dari langit pertama sehingga langit ke tujuh, kebanyakan penghuninya adalah para malaikat dan tak lain tak bukan pekerjaan mereka itu, kata Nabi adalah Bertahmid dan bertasbih kepada Allah Ta'alaa sahaja dengan pelbagai pujian dan sanjungan kepada Tuhan dengan irama yang sangat merdu.

Sebagaimana Firma Allah dalam surat At-Taghoobuun :

يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۖ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ ۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

"Bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi; hanya Allah lah yang mempunyai semua kerajaan dan semua pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu".

Demikian pula Nabi melihat di 'Arsy Allah, tidak lain penghuninya adalah malaikat. Kemudian 'Arsy Allah itu dipegang dan di tangguung oleh delapan orang malaikat.

sebagaimana di terangkan dalam surat Al-Haaqqoh ayat 17 :

وَالْمَلَكُ عَلَىٰ أَرْجَائِهَا ۚ وَيَحْمِلُ عَرْشَ رَبِّكَ فَوْقَهُمْ يَوْمَئِذٍ ثَمَانِيَةٌ

"Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Tuhanmu di atas (kepala) mereka".
Akibat mengamalkan aktiviti homoseksual, akhirnya Allah swt mengutuskan  malaikat  untuk membinasakan negeri Soddom!
Malaikat-malaikat itu mempunyai kekuatan yang luar biasa, dimana ketika Tuhan akan menyiksa umat Nabi Luth a.s yang sudah melampaui batas, iaitu mereka sudah menjadi suka melakukan homoseksual sesama para lelaki, iaitu penduduk negeri Sodom dan Gamurah. Bukan seorang dua orang, hampir rata-rata semua lelaki melakukan demikian, maka tatkala diberi nasihat oleh Nabi Luth a.s mereka tidak ambil peduli. Akhirnya Tuhan membinasakan penduduknya dengan diangkat bumi negeri itu dengan kedua tangan malaikat ke udara yang sangat tinggi kemudian dibalikkan ke bawah, seperti menterbalikkan talam, maka tercampaklah rumah-rumah dan manusia yang sedang tidur melayang jatuh terhempas kebawah. Hancur bagaikan kaca jatuh di batu. Demikian kekuatan tenaga malaikat.


Diantara malaikat yang wajib kita diketahui namanya serta beberapa tugas pekerjaannya adalah:

1. Malaikat Jibril yang bertugas menyampaikan wahyu kepada tiap-tiap rasul :

kepada Nabi Adam a.s sebanyak 12 kali
kepada Nabi Idris a.s sebanyak 4 kali
kepada Nabi Ibrahim a.s sebanyak 40 kali
kepada Nabi Ya'kub a.s sebanyak 4 kali
kepada Nabi Musa a.s sebanyak 400 kali
kepada Nabi Ayub sebanyak 3 kali
kepada Nabi Muhammad s.a.w sebanyak 24.000 kali

Demikian dari kitab Nuruz-zholam oleh sayid Thahir, diambil dari kitab Bahjatul wasa-il karangan Imam Addailami.

2. Malaikat Mikail yang bertugas mencatat pembagian Rezeki, dan yang menurunkan hujan

3. Malaikat Izrail, yang bertugas untuk mencabut nyawa

Malaikat Izrail hanya akan turun ke bumi untuk mencabut nyawa manusia apabila daun pohon Sidratul-Muntaha telah kuning dan juga gugur  (sekadar gambar hiasan) 
Sesungguhnya malaikat Izrail ini adalah kepala daripada sekalian malaikatul maut atau Raja malaikatul maut, baiklah untuk ini penulis cantumkan disini bagaimana pengalaman dan pemandangan Nabi Muhammad s.a.w. ketika beliau berada Sidratul-Muntaha. Sidratul-Muntaha ini berada dilangit yang ketujuh, Sungguh begitu hebat dan besarnya Sidratul-Muntaha. Kerana dia dinamakan Sidratul-Muntaha, Kerana tiada ada makhluk yang lebih besar daripada jenis tumbuhan, kecuali Sidratul-Muntaha. Pokoknya dilangit yang ketujuh, sedang hujung cabang yang paling atas berada dibawah 'Arsy Allah. Dan dibawah Sidratul-Muntaha terletaknya Syurga sebagaimana diterangkan dalam Surat An-Najmi ayat 14-15 :

عِنْدَ سِدْرَةِ الْمُنْتَهَىٰ عِنْدَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَىٰ

"Di sisi Sidratul Muntaha (01) Di dekatnya ada syurga tempat tinggal"

(01): Sidratul Muntaha adalah tempat yang paling tinggi, di atas langit ke-7, yang telah dikunjungi Nabi ketika Mi'raj.

Maka ketika Nabi memandang ke atas ke sekeliling Sidratul-Muntaha dengan cabangnya yang besar-besar serta daunnya yang lebar. Selembar daunnya saja dapat dijadikan selimut, daunnya hijau dan lembut bagaikan sutera. Diatas tiap-tiap lembar daun, diduduki pula oleh seorang malaikat ada yang mengucap "اللَّهُ أَكْبَرُ - اللَّهُ أَكْبَرُ" ada yang mengucap "سُبْحَانَ اللَّهِ - سُبْحَانَ اللَّهِ" ada pula yang mengucap "الْحَمْدُ لِلَّهِ - الْحَمْدُ لِلَّهِ" dan ada juga dengan kalimat zikir dan tasbih yang lain. Begitulah yang Nabi lihat diatas tiap-tiap lembar daun itu. Entah berapa juta lembar daunnya Sidratul-Muntaha, hanya Allah yang mengetahui.

Kemudian apalagi yang Nabi dapat lihat? maka dibawah tiap-tiap lembar daun itu tertulis nama-nama orang. Nama orang itu siapa, bin apa, umur berapa, tempoh berada di dunia, kapan sampai waktu ajalnya, malam atau siang dan dimana tempat dia akan mati akhir hayatnya. Apabila orang yang mempunyai nama itu sudah dekat ajalnya, warna daun berubah menjadi kuning, dan dimana detik-detik orang itu akan sampai ke ajalnya, maka daun itu gugur dari tangkainya lalu malaikat yang duduk diatasnya, membawa daun itu kepada malaikat Izrail. Kemudian malaikat Izrail memerintahkan malaikat itu untuk mencabut nyawa orang itu sebagaimana yang tercantum namanya dalam daun itu tadi. Itulah pekerjaan malaikatul-maut, jadi bagi tiap-tiap orang satu malaikatul-maut.

Andaikata misalnya, jika ada 1000 lembar daun yang gugur di Sidratul-Muntaha maka 1000 oranglah yang akan dicabut nyawanya, dan 1000 malaikat sekaligus turun ke dunia yang ditugaskan untuk mencabut nyawa mereka itu.
Setiap takdir manusia telah tercatat di helaian daun pohon Sidratul-Muntaha termasuk ajalnya sekali 
4. Malaikat Israfil, yang ditugaskan meniup trompet sangkakala dihari Kiamat, supaya manusia hidup kembali.

Menurut keterangan di dalam Hadits : Besar trompet Israfil itu memang luar biasa, jika dibandingkan dengan besarnya bola dunia ini, jika dimasukan kedalam terompet Israfil akan masuklah kedalamnya. Konon kata Nabi Muhammad s.a.w. : Israfil kini sudah pegang terompet itu ditangannya, sudah siap-siap menanti komando dari Allah untuk meniup terompet itu. Kerana tugas Israfil untuk meniup terompet pada saat-saat kiamat tiga kali.

Pertama tiupan untuk membinasakan penduduk dunia hingga mati semuanya,
Kedua meratakan dunia sehingga menjadi daratan seluruhnya,
Ketiga membangkitkan manusia hidup kembali,
Itulah tugas Malaikat Israfil.

5. Malaikat Munkar dan Nakir, dua malaikat ini ditugaskan untuk bertanya atau memeriksa manusia di alam Kubur.

6. Malaikat Raqib dan 'Atid, kedua malaikat ini ditugaskan untuk mencatat amal atau perkataan manusia.

Malaikat Raqib mencatat amal perbuatan dan perkataan yang baik-baik sahaja, sedang malaikat 'Atid mencatat perbuatan dan perkataan jahat. Kedua-dua malaikat ini adalah untuk setiap orang.

7. Malaikat Malik Zabaniah, inilah ketua malaikat yang mengurus Neraka.

8. Malaikat Ridwan, tugasnya mengurus Syurga, sudah barang tentu beribu-ribu pula malaikat untuk mengurus Syurga, maka Malaikat Ridwanlah sebagai ketua di Syurga.

Demikianlah keterangan nama dan tugas malaikat pada bahagian masing-masing. Jadi jika kita ibaratkan adalah seperti jabatan dengan tugas serta menterinya masing-masing.


Sekian Terima Kasih


Anwar Suran Home - Feb 2010

Share:

8 comments:

  1. teringat masa kecik2 dulu..ustaz yg ajar ngaji suruh hafal nama malaikat..kalau tak ingat kena rotan..huhu...alhamdulillah sampai sekarang masih ingat nama2 malaikat dan tugas2 nya.. tak sia-sia kena rotan dulu..hehe

    ReplyDelete
  2. Bukan Raihan ada buat lagu tentang nama-nama malaikat? Nama-nama rasul pun ada kot :)

    ReplyDelete
  3. ada ke?? seingat saya nama-nama rasul je..

    ReplyDelete
  4. nk tahu crite tntg malaikat yg mgangkat Arsy Allah dgn lbih dlam lagi..ade x?

    ReplyDelete
  5. Today is virtuous weather, isn't it?

    ReplyDelete
  6. salam alaik..na copy artikel boleh? nak buat assignment , time kaseh . :)

    ReplyDelete
  7. terima kasih pencerahannya saya suka berkunjung kesini, kalau bisa kunjungan balikny agan

    ReplyDelete
  8. Saudara pengarang! maaf saya ingin memberi pandang dari ilmu saya yang cetek pengetahuan dalam menilai sesuatu. Apa yang saya maksudkan disini berkenaan artike diatas, saudara pengarang terterakan perkataan yang berbunyi "KONON KATA NABI MUHAMMAD S.A.W" Malikat Israfil sedang memegang trompet ditangan nya.

    Perkataan "KONON" pada pandangan saya tidak sesuai digunakan pada kesah ini atau pun kesah-kesah seterusnya, seolah-olah perkataan "KONON" benda yang nyata atau pun tidak.

    Sekali lagi saya mohon ma'af pada saudara pengarang yang arif

    ReplyDelete

Perhatian, segala entri dan 80 peratus daripada gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini adalah hasil dari rekaan dan idea My Cahaya Post. Gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini mempunyai bandwidth-nya yang tersendiri dan menyebabkan anda tidak boleh sesekali mengambil URL gambar-gambar tersebut. Jika anda ingin berbuat demikian, sila download gambar-gambar yang anda mahu dan upload semula di dalam blog anda. Selepas anda berbuat demikian, sila inform saya melalui ruangan komen, facebook page, email mahupun shoutbox. Sekian, terima kasih.

Bilangan Pelawat

Entri Terlaris

Hantarkan Email Anda