Saturday, 25 February 2012

Adam Dan Hawa Dikeluarkan Dari Syurga (2)


Berita Alam Ghaib 14: Adam Dan Hawa Dikeluarkan Dari Syurga (Bahagian 2)


Klik sini untuk membaca bahagian 1

Kemudian Allah menyuruh malaikat Jibril turun ke bumi mendapatkan Adam dan Hawa untuk mengajar mereka cara melakukan Ibadah Haji. Maka dengan melakukan tawaf sebanyak tujuh kali, mereka boleh menyatakan taubatnya kepada Allah. Maka Allah swt akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Setelah malaikat Jibril menemui Adam, lalu malaikat Jibril memberitahu Adam bahawa Siti Hawa sedang berada di Jeddah. Setelah mendengar khabar dari malaikat Jibril, tanpa berlengah, lantas Adam pergi mencari isteri yang dirinduinya itu. Setelah berbulan-bulan berjalan, barulah Adam bertemu dengan Siti Hawa di padang Arafah. Sebabnya itulah ia dinamakan sebagai padang Arafah, ertinya padang ‘mengenal kembali’.

Disinilah Arafah iaitu diamana tempat Nabi Adam dan Siti Hawa bertemu di dunia

Setelah Adam menceritakan kepada Hawa bahawa keduanya diwajibkan tawaf sebanyak tujuh kali mengelilingi Hajarul-Aswad,  maka untuk mendirikan tempat ibadat, Allah telah memperintahkan para malaikat untuk mengambil batu hitam dari Syurga supaya dijadikan "Tugu" atau "Kaabah". Dan disaat itu dibangunkan pula sebuah tempat ibadat yang dinamakan sebagai "Baitul Ma'mur" dengan bantuan para malaikat. Setelah selesai pembinaan masjid itu, lalu ditengah-tengahnya diletakan "Hajarul-Aswad". Adam dan Hawa terus Tawaf sambil mengucapkan:

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang rugi." (7:23)

Demikian keduanya mengucapkan kata-kata itu sambil menagis, kerana dosanya takut tidak diampuni.

Demikianlah diceritakan di dalam riwayat. Itulah masjid pertama yang didirikan di zaman Adam. Kemudian ketika ribut taufan melanda di zaman Nabi Nuh a.s, masjid Baitul-Ma'mur dipindahkan pula ke langit yang ketujuh yang kini dijadikan Qiblat untuk para malaikat beribadat disitu.

Dan ketika nabi Muhammad s.a.w pergi ke Isra Mi'raj, beliau pernah sembahyang disitu (Baitul Makmur) dan menjadi Imam jema'ah para malaikat.

Rekabentuk baitul makmur, tidaklah seperti mekah di zaman sekarang yang dipenuhi bangunan tinggi. 

Kembali kita membicarakan riwayat Adam setelah beliau bertemu kembali dengan Siti Hawa. Setelah Adam dan Hawa bertemu, lalu mereka mendirikan rumah tangga, sehingga mempunyai beberapa orang anak. Maka dari situ, anak-anak cucu keturunan Adam terus meluas kemana-mana sahaja sehingga menjadi pelbagai bangsa dan bersuku-suku.

Sebagaimana Firman Allah dinyatakan didalam surah Al-Hujurat ayat 13 :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu."

Dibawah ini penulis telah mencantumkan beberapa ayat dari surah Ar-Rum, dari ayat 22 sampai ayat 27. Kami kira cukuplah untuk jadi bahan pengetahuan dan pemikiran pembaca:

وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافُ أَلْسِنَتِكُمْ وَأَلْوَانِكُمْ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِلْعَالِمِينَ

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikan itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui".

Dari keturunan cucu cicit Nabi Adam A.S maka terbentuklah pelbagai suku dan bangsa 

وَمِنْ آيَاتِهِ مَنَامُكُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَابْتِغَاؤُكُمْ مِنْ فَضْلِهِ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَسْمَعُونَ

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebagian dari karuniaNya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan."

وَمِنْ آيَاتِهِ يُرِيكُمُ الْبَرْقَ خَوْفًا وَطَمَعًا وَيُنَزِّلُ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَيُحْيِي بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, Dia memperlihatkan kepadamu kilat untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan, dan Dia menurunkan hujan dari langit, lalu menghidupkan bumi dengan air itu sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mempergunakan akalnya."

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ تَقُومَ السَّمَاءُ وَالْأَرْضُ بِأَمْرِهِ ۚ ثُمَّ إِذَا دَعَاكُمْ دَعْوَةً مِنَ الْأَرْضِ إِذَا أَنْتُمْ تَخْرُجُونَ

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah berdirinya langit dan bumi dengan iradat-Nya. Kemudian apabila Dia memanggil kamu sekali panggil dari bumi, seketika itu (juga) kamu keluar (dari kubur)."

وَلَهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ كُلٌّ لَهُ قَانِتُونَ

"Dan kepunyaan-Nyalah siapa saja yang ada di langit dan di bumi. Semuanya hanya kepada-Nya tunduk."

وَهُوَ الَّذِي يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ وَهُوَ أَهْوَنُ عَلَيْهِ ۚ وَلَهُ الْمَثَلُ الْأَعْلَىٰ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

"Dan Dialah yang menciptakan (manusia) dari permulaan, kemudian mengembalikan (menghidupkan)nya kembali, dan menghidupkan kembali itu adalah lebih mudah bagi-Nya. Dan bagi-Nyalah sifat yang Maha Tinggi di langit dan di bumi; dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

ضَرَبَ لَكُمْ مَثَلًا مِنْ أَنْفُسِكُمْ ۖ هَلْ لَكُمْ مِنْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ مِنْ شُرَكَاءَ فِي مَا رَزَقْنَاكُمْ فَأَنْتُمْ فِيهِ سَوَاءٌ تَخَافُونَهُمْ كَخِيفَتِكُمْ أَنْفُسَكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ نُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

"Dia membuat perumpamaan untuk kamu dari dirimu sendiri. Apakah ada diantara hamba-sahaya yang dimiliki oleh tangan kananmu, sekutu bagimu dalam (memiliki) rezeki yang telah Kami berikan kepadamu; maka kamu sama dengan mereka dalam (hak mempergunakan) rezeki itu, kamu takut kepada mereka sebagaimana kamu takut kepada dirimu sendiri? Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang berakal".

Tuhanlah yang menghidupkan sesuatu yang mati dan mematikan sesuatu yang hidup

Cuba perhatikan Juga Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 28 :

كَيْفَ تَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَكُنْتُمْ أَمْوَاتًا فَأَحْيَاكُمْ ۖ ثُمَّ يُمِيتُكُمْ ثُمَّ يُحْيِيكُمْ ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

"Mengapa kamu kafir kepada Allah, padahal kamu tadinya mati, lalu Allah menghidupkan kamu, kemudian kamu dimatikan dan dihidupkan-Nya kembali, kemudian kepada-Nya-lah kamu dikembalikan?"

Dengan ayat ini, jelaslah bagi kita sekalian bahawa kita ini dahulunya benda yang mati, tidak dapat bergerak semasih menjadi nutfah. Kemudian kita dihidupkan ketika di dalam rahim ibu, sehingga lahir ke dunia, kemudian dimatikan lagi, yang terakhir kita dihidupkan lagi di alam akhirat, dan kepada Allah swt-lah semuanya kita dikembalikan.

Demikianlah para pembaca kita telah bicarakan riwayat Adam dan Hawa serta Iblis yang membuat hasutan jahat, sehingga ketiga-tiganya dikeluarkan dari Syurga.

Dan kini pembaca sudah tahu bagaimana asal usul riwayat Iblis itu.

Mudah-mudahan menjadi manfaat dan menjadi bahan pemikiran yang baik bagi kita sekalian. Wallahu a'lam

Sekian Terima Kasih


Bersambung di entri: Berita Alam Ghaib 15

Anwar Suran Post – Feb 2012

Share:

7 comments:

  1. syukur alhamdulillah. tahniah anwar

    ReplyDelete
  2. syukur alhamdulillah. tahniah. mudah2an diberi kekuatan untuk berdakwah.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih sangat2 cikgu kerana sudi singgah di blog saya. Insyaallah, jika ada kekuatan saya akan terus menulis sesuatu yang bermanfaat untuk pengunjung blog ini :)

    ReplyDelete
  4. byk post2 menarik yg bleh kita pelajari dan mengetahui segala macam perkara,.Alhamdulillah syukur kepada Allah,byk yg dapat saya pelajari dgn ilmu yg saudara kongsikan.Semoga byk lagi yg boleh dkongsikan bersama pembaca..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah pkongsian ilmu yg sgt bmanfaat buat sy dan pbaca laen di entri ini..tahniah dan trus kn usaha bdakwah.. ;)

    ReplyDelete
  6. mohon berkongsi entry ini di blog saya. terima kasih

    ReplyDelete
  7. maasak si aku ngak percaya engak percaya deh aku kan takut sama allah

    ReplyDelete

Perhatian, segala entri dan 80 peratus daripada gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini adalah hasil dari rekaan dan idea My Cahaya Post. Gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini mempunyai bandwidth-nya yang tersendiri dan menyebabkan anda tidak boleh sesekali mengambil URL gambar-gambar tersebut. Jika anda ingin berbuat demikian, sila download gambar-gambar yang anda mahu dan upload semula di dalam blog anda. Selepas anda berbuat demikian, sila inform saya melalui ruangan komen, facebook page, email mahupun shoutbox. Sekian, terima kasih.

Bilangan Pelawat

Entri Terlaris

Hantarkan Email Anda