Tuesday, 9 August 2011

Perperangan Akhir Yakjuj Dan Makjuj

| Assalamualaikum |


Apa khabar? Sihat? Harap para pembaca semua sihat serta sentiasa di dalam lindungan Allah swt. Nampaknya untuk entri kali ini masih lagi berkisarkan tentang Yakjuj dan Makjuj iaitu kesinambungan daripada entri Fakta Mengenai Yakjuj Dan Makjuj dan juga Sejarah Asal Usul Yakjuj Dan Makjuj. Kepada sesiapa yang masih belum membacanya lagi, sila klik link yang telah disediakan. Segala kisah yang akan dipaparkan ini adalah 100% berpandukan buku-buku di bawah ini. Setelah anda membacanya, jadikan ia sebagai pengatahuan sahaja kerana tidak salah membaca dan mengkaji asalkan iktikadnya tetap satu. Apa-apa pun, pegangan yang paling tepat sekali hanyalah al-Quran dan hadis kerana itulah sumber yang paling sahih.

Senarai rujukan yang digunakan oleh penulis. Entri ini merupakan sinopsis terhadap buku-buku ini

Peristiwa-Peristiwa Sebelum Kedatangan Yakjuj Dan Makjuj

Berbalik semula kepada tajuk asal, sebelum munculnya Yakjuj dan Makjuj untuk membuat kekacauan di dunia ini, terdapat pelbagai peristiwa aneh yang akan berlaku sebelum kedatangannya itu. Di antara perstiwa-peristiwa tersebut adalah, keluarnya asap dukhan yang memenuhi timur dan barat bumi (tanda kiamat yang pertama), kemudian munculnya Imam Mahdi, munculnya  si laknat Dajjal, dan turunnya kembali Nabi Isa a.s untuk membunuh si laknat Dajjal lalu mencorakkan kembali dunia yang telah rosak akibat dari perperangan Armageddon iaitu perperangan di antara tentera Khilafah pimpinan Imam Mahdi dengan tentera Freemason pimpinan si laknat Dajjal.

Si laknat Dajjal merupakan pemimpin terhadap anggota kumpulan Freemason/Illuminati, manakala Imam Mahdi pula adalah pemimpin terhadap anggota kumpulan Khilafah.

Setelah Nabi Isa a.s berjaya membunuh si laknat Dajjal di pintu gerbang Kota Lud/Lydda iaitu di Lapangan Terbang Ben Gurion di Israel. Maka malapetaka masih lagi terus menimpa umat Islam! Kini terdapat mata-mata yang sedang mengintai dunia melalui pergunungan-pergunungan tinggi di wilayah utara bumi iaitu di banjaran Himalaya, banjaran Caucasus, banjaran Tien Shan dan banjaran-banjaran lain yang berdekatan dengannya. Musuh kali ini ternyata lebih hebat dan dasyat berbanding si terkutuk Dajjal bersama para pengikutnya (Freemason dan Zionis) sehinggakan Nabi Isa a.s sendiri dan seluruh kaum muslimin pun tidak mampu untuk melawannya!

Lapangan Terbang Ben Gurrion atau Gerbang Lud. Di sinilah tempat si laknat Dajjal akan dipancung oleh Nabi Isa kelak

Cuba bayangkan betapa dasyatnya malapetaka akhir zaman kelak (harap ia tidak lagi berlaku semasa hayat kita ini). Ketika bangsa Yakjuj dan Makjuj telah memunculkan dirinya, dunia ketika itu dikatakan baru sahaja hampir pulih daripada kesan tanda kiamat besar yang pertama iaitu kemunculan asap dukhan yang menyelubungi timur dan barat bumi. Asap itu dikatakan akan mengakibatkan orang kafir (tidak berpuasa dan solat) boleh menghidapi penyakit radang manakala orang yang beriman (yang bersolat dan selalu berpuasa) pula hanya menghidapi penyakit selsema sahaja. Asap dukhan itu dikatakan akan menyelubungi bumi dalam tempoh masa yang agak lama, kemungkinan besar asap itu datangnya dari meteor yang akan terhempas ke bumi (wallahualam).

Menurut sumber rujukan, pada akhir zaman kelak segala kecanggihan teknologi akan musnah sama sekali. Segalanya adalah berpunca daripada kesan asap dukhan yang menyelubungi dunia ketika itu (tanda kiamat yang pertama) dan orang kafir pula banyak yang akan mati akibat dari perperangan, wabak penyakit serta kebuluran. Asap dukhan itu dipercayai akan merosakkan segala hasil pertanian dan penternakan sedikit demi sedikit sehinggalah menjadi kurang! Ini adalah kerana, asap dukhan itu akan menghasilkan hujan asid yang berlarutan sehingga membawa kepada ketandusan dunia. Lihatlah hadis di bawah ini:

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga hujan turun secara merata kepada manusia tetapi bumi tidak menumbuhkan tumbuhan sama sekali” (Musnad Ahmad 3:140)
Pada zaman akan datang, segala kecanggihan teknologi dikatakan akan lumpuh lalu kehidupan manusia kembali semula menjadi masyarakat di zaman dahulu kala (zaman Rasulullah saw).


Kenapa Yakjuj Dan Makjuj Terselamat Dari Malapetaka?

Menurut sumber rujukan, Yakjuj dan Makjuj sebenarnya telah lama terbebas di muka bumi ini (wallahualam). Mereka terdiri daripada suku bangsa Scythian iaitu suku kaum di Mongolia (Xiongnu, Mongol dan Tartar) dan juga suku kaum di wilayah selatan Russia (Khazar, Aryanomad, Hun Alan). Mungkin orang akan tertanya-tanya iaitu kenapa pada waktu ini masyarakat di sana tidak sedikit pun membuat kekacauan terhadap dunia? Menurut pendapat para pengkaji Islam, Yakjuj dan Makjuj sebenarnya adalah manusia biasa (cucu-cicit Nabi Adam) maka sudah tentu ianya tidak adil jika Allah swt menjadikan mereka seperti haiwan tetapi di akhirat nanti mereka akan dihukum seperti manusia lain. Jadi kesimpulannya, kehidupan Yakjuj dan Makjuj pada masa kini adalah sama sahaja seperti kita iaitu mempunyai pegangan agama, patuh pada undang-undang negara dan sebagainya.

Untuk pengatahuan semua, masyarakat Mongol dan Khazar (Yakjuj dan Makjuj) sejak turun temurun lagi mengamalkan corak pemakanan yang amat bebas. Mereka akan makan apa sahaja yang mereka mahu seperti ulat, anjing, kucing, labah-labah, katak, ular, kura-kura, daun pokok, usus beruang dan lain-lain (sumber: National Geographic). Kesan daripada corak pemakanan bebas yang diamalkan oleh bangsa ini telah menyebabkan keadaan mereka menjadi agak berlainan sedikit berbanding bangsa-bangsa yang lain. Sifat mereka dikatakan agak sensitif dan tubuh badan mereka pula jauh lebih kuat berbanding bangsa lain tetapi mudah dihinggapi penyakit.
Salah satu corak pemakanan bebas yang diamalkan oleh bangsa-bangsa  di asia tengah
Lihatlah semasa wabak penyalit H1N1 dan SARS melanda dunia suatu ketika dahulu, negara merekalah yang paling ramai terkena jangkitan! Amalan pemakanan bebas ini telah mengakibatkan sistem keimunan tubuh mereka menjadi sangat-sangat lemah. Selain bangsa Mongol dan Khazar, mungkin terdapat banyak lagi bangsa lain yang mengamalkan corak pemakanan bebas contohnya seperti masyarakat di Papua New Guinea, Vietnam, Kemboja, sesetengah kaum di Indonesia, China dan lain-lain. Akan tetapi, pada masa akan datang mungkin mereka akan mati akibat keracunan asap dukhan atau mungkin Imam Mahdi telah mengislamkan mereka (wallahualam). Pernahkah anda terfikir bagaimanakah keadaan bangsa Khazar dan Mongol (Yakjuj dan Makjuj) apabila dilanda masalah kebuluran?


Keluarnya Yakjuj Dan Makjuj Membawa Kemusnahan Yang Dashyat!

Ketika asap dukhan (tanda kiamat yang pertama) sedang melanda dunia, masyarakat dikatakan akan mengalami masalah kebuluran yang amat kriktikal tetapi mereka dapat menghadapinya dengan baik namun berbeza pula dengan kaum Khazar dan Mongol, mereka dikatakan akan menjadi sangat ganas dan dashyat lalu mereka mengamalkan semula cara hidup kuno mereka iaitu Nomad Gasar seperti merompak dan membunuh! Setelah sumber makanan mereka telah kehabisan, maka bermulalah episod huru-hara yang maha dashyat! Mereka dikatakan akan berkumpul beramai-ramai lalu memanjat tembok-tembok semula jadi ciptaan Allah swt yang merupakan banjaran-banjaran tinggi. Dari situ, mereka akan meluru turun di dalam keadaan lapar dan dahaga terus menunju ke Tasik Tiberia di Palestin lalu meminumnya sehingga kering.

Tasik Tiberia di Palestin yang dikatakan akan diminum oleh bangsa Yakjuj dan Makjuj sehingga kering

Ketika Yakjuj dan Makjuj sedang melakukan kemusnahan yang dashyat di muka bumi ini seperti membaham binatang liar, binatang ternakan, manusia, serangga, tumbuh-tumbuhan, memusnahkan bandar-bandar, meminum air tasik/sungai sehingga kering, membuang air kecil/besar merata-rata, penduduk di dunia dikatakan tidak mampu untuk melawan mereka. Terlalu ramai penduduk yang telah terkorban ketika berperang dengan mereka. Kaum muslimin ketika itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah berkurung di dalam rumah sahaja di samping berdoa dan bertawakal tanpa henti.

Kekuatan bangsa Yakjuj dan Makjuj sangatlah luar biasa sehinggakan Nabi Isa sendiri pun tidak mampu menghadapinya

Pada waktu itu, negara China dan India dikatakan telah pun hancur dimamah Yakjuj dan Makjuj. Sebelum Yakjuj dan Makjuj tiba di timur tengah, Nabi Isa mendapat laporan daripada kaum muslimin bahawa negeri mereka telah pun  dihancurkan oleh mereka. Setelah mendengar laporan itu, Nabi Isa a.s segera memohon petunjuk dari Allah swt lalu Allah swt memerintahkan Nabi Isa a.s supaya bersegera membawa kaum muslimin berlindung di Bukit Tursina, Mesir. Kemudian Nabi Isa a.s memohon lagi pertolongan daripada Allah swt agar seluruh umat Islam dilindungi dari kejahatan Yakjuj dan Makjuj lalu Allah swt menghantar binatang merayap (iaitu sejenis virus berbentuk ulat) untuk menyerang leher dan belakang mereka sehingglah keseluruhan bangsa itu binasa dan mati.

Bukit Tursina, Mesir yang dikatakan sebagai tempat persembunyian Nabi Isa dan kaum muslimin di bawah perintah Allah 

Menurut pendapat para pengkaji Islam, binatang merayap yang dimaksudkan itu adalah sejenis virus  yang boleh berjangkit. Ia dipercayai datangnya dari corak pemakanan bebas yang diamalkan oleh bangsa Yakjuj dan Makjuj seperti memakan daging mentah serta minum air sungai. Untuk membersihkan bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan di sana-sini, lalu Allah swt menghantar burung bersaiz unta untuk membawa bangkai tesebut ke daerah yang diperintahkan-Nya. Kemudian Allah swt telah menurunkan hujan yang amat lebat membasahi keseluruhan tempat sehingga bumi menjadi benar-benar bersih seperti kilauan cermin (putih seperti pasir pantai). Maka setelah itu, bumi dikatakan akan kembali menjadi subur dan menghijau. Nabi Isa a.s pula dikatakan akan memerintah dunia selama 40 tahun sehingga aman dan makmur dan beliau sempat menjalani ibadat haji dan umrah sebelum beliau wafat.

Para pengakaji Islam percaya bahawa 'ulat merayap' yang akan menyerang leher dan belakang Yakjuj dan Makjuj itu merupakan sejenis virus atau bakteria yang mudah berjangkit. 
Bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan akan dibersihkan sendiri oleh Allah swt melalui burung dan hujan lebat

Maka dengan itu, diisytiharkan bahawa tamatlah segala episod mengenai Yakjuj dan Makjuj. Segala kebenarannya hanya Allah swt sahaja yang maha mengatahui. Jika diberi kesempatan, insyaallah penulis akan update lagi entri-entri yang menakjubkan khas buat anda semua. Segala kebenaran datangnya dari Allah swt, manakala sebarang kesilapan datangnya dari diri penulis sendiri.

Sekian, Terima Kasih


Anwar Suran Home 2011

Share:

24 comments:

  1. Terima kasih,tak sabar rasanya tunggu entri selepas ini..

    ReplyDelete
  2. @aiEzTerima kasih banyak2.. Ins'lah saya akan update entri mengenai bencana asap (dukhan) akhir zaman pulak selepas ini.. sekarang ni saya masih lagi dalam proses mengumpul sumber2 rujukan dan juga menapis mana-mana buku yang mengelirukan.. Doakan saya ya :)

    ReplyDelete
  3. entri yg sgt menarik..ade bab2 yg x pernah tahu sblum ni mcm pemerintahan nabi Isa a.s selepas kemusnahan yakjuj makjuj..mekasih nuar =)

    ReplyDelete
  4. Salam..terima kasih atas artikelnya..mungkin saudara berminat utk mendengar ceramah Imran Hosein d youtube atau dmn2 sahaja..sekadar cadangan kpd saudara
    utk meluaskan ilmu pengetahuan..:)))

    ReplyDelete
  5. Suatu kisah dan penulisan yang sangat menarik..Keep up!

    ReplyDelete
  6. penulisan yang boleh mendatangkan banykan maanfaat.

    ReplyDelete
  7. @zulzakaria.zulfadli Sama-sama =)
    Setelah Nabi Isa a.s meninggal dunia, maka dunia terus kembali menjadi rosak malah lebih teruk daripada sekarang (wallahualam).

    @Anonymous Syeikh Imran Hosein? Saya dah tonton pelbagai jenis video beliau. Sangat best dan superb, harap para pembaca semua turut menonton ya =)

    @speak on mind Alhamdulillah.. terima kasih ya. Ins'lah saya akan memperbaiki lagi kualiti artikel saya di masa akan datang. Thanks kerana sudi membaca =)

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kongsi pasal ni. Dah lama cari. (;

    ReplyDelete
  9. @Nabilah Sama-sama. Kalau nak tahu cerita yang lebih lanjut, Nabilah bacalah buku yang saya senaraikan kat atas tu ya. Ada 5 semuanya. Dalam youtube pun ada..

    ReplyDelete
  10. bila next entry? teringin nak baca kisah selanjutnya saudara..

    Orang lain tengok Iklan pun dapat duit

    ReplyDelete
  11. @SiLabiLabi Next entri? Entri mengenai Yakjuj dan Makjuj dah tamat. Lepas nie nak buat entri mengenai asap akhir zaman dan juga tanda kiamat besar yang lain pulak. Tapi kene take time jugak la nak tulis sebab kena cari sumber dan juga pembacaan yang lebih =)

    ReplyDelete
  12. terima kasih dengan tulisannya. sangat memberikan info yang bermanfaat. teruskan

    ReplyDelete
  13. Ini hanya pandangan & pertanyaan..
    1) Asap DUKHAN = Bom ATOM? (Pearl Harbour = barat, Hiroshima & Nagasaki = timur)
    2) Yakjud & Makjud = Bangsa Scythian = Pendatang Yahudi Eropah (asalnya bukan pemeluk agama Yahudi) = turun keluar daripada tembok --> membantu Scotland (eropah) --> Sebagai balasan mereka diberikan tanah di Palestin. Maknanye skrg org Yahudi Israel bukan di kalangan Yahudi asal yg hidup aman damai dgn Palestin.
    3) Melakukan kerosakan yg dahsyat dengan membaham binatang liar (memburu binatang liar smpai pupus),binatang ternakan, manusia, bandar2 (penahklukan & rampasan tanah), minum air tasik smpai kering (kesan kerosakan berperang --> cuaca dunia berubah --> kemarau --> tasik kering (tasik Tiberia,Palestin).
    4) Penduduk tidak mampu melawan & berkurung (sama seperti skrg).
    5) China & India sudah ditadbir oleh oleh kuasa ghaib + Sistem beraja Britain.
    6) Fasa sekarang (mungkin).... Penyatuan Tentera Imam Mahdi menuju ke Tanah Syam (SYRIA, Lubnan, Palestin, Jordan) utk menyambut kedatangan Nabi Isa a.s... Wallahualam.. (pendapat peribadi berdasarkan keadaan semasa..mohon diberi pendapat)

    ReplyDelete
  14. terima kasih kongsi cerita ni..best!

    ReplyDelete
  15. terima kasih kongsi cite ni..best sangat2

    ReplyDelete
  16. salam..bukan gog n magog sudah bercampuran sesama kitakah sekarang??rasanya tak perlu menunggu kedtgan mereka lg kerana mereka ada dikalangan setiap kita melakukan fasad(bencana) bukan hanya pd org lain malah pd diri kita sendiri..semoga Allah memberi kita penglihatan dgn mata hati pd apa yg berlaku disekeliling kita.ameen..

    ReplyDelete
  17. the disease inflicted mongol will tear up future society because theyre hungry. theyll become kuffar then. what about muslim mongolian

    ReplyDelete
  18. Kupasan review yang sangat baik oleh penulis mengenai yakjud n makjud. penulis, nanti sy nk letak di blog sy ye kisah2 yakjud n makjud ini n sy akan creditkan kpd penulis sbg backlink. sy mahu berkongsi artikel ini dgn visitor2 yg melawat ke page saya. ramai orang sebenarnya sy rasa tak ambil kisah sngat psl cerita yakud n makjud ini maybe sbb mereka xminat nak tahu lebih byk infos yang mereka xminat.buku2 yakjud n makjud tu pon lama dah sy tau tp sy blm beli kerana sy igt terlalu tebal jgk kalo sy nak baca, lagipon review drpd penulis blog ni pon memadai bg sy. ilmu sy sdh berkembang. terima kasih.

    ReplyDelete
  19. hai penulis, saya sangat sedih kalian menuliskan Indonesia sebagai salah satu bangsa yang gemar memakan makanan yang bebas. Perlu anda ketahui, Indonesia adalah Negara dengan Jumlah orang Islam terbesar di DUNIA! Dengan jumlah muslim terbesar, kami tak mungkin memakan makanan "bebas". Kecuali suku2 yang bukan muslim, dan itu juga ada di negara kalian..(dayak, kadazan!. Kalau kami di INDONESIA yang beragama ISLAM ini memakan makanan yang "bebas" atau katakanlah "HARAM" maka perlu kalian ketahui, keturunan Bangsa Malaysia jauh lebih Haram karena kalian berasal dari KAMI di INDONESIA ini! Baca sejarah!. Masya Allah...Alangkah sombongnya kalian, Ingat suatu saat Allah SWT juga akan menurunkan Bala buat negara sombong. Seharusnya sebagai sesama muslim, kalian benar2 bersaudara dengan Indonesia.. sayangnya...kalian memiliki orang sombong, persis seperti yang digambarkan yak'juj makjuj'. Memalukan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamulaikom wahai saudara seislamku jgn la engkau marah .. Jika itu satu kesilapan maafkan lah hamba Allah SWT ini sesungguhnya ALLAH SWT maha pengampun... :')

      Delete
  20. assalammualaikum..saya ada dengar ceramah bahawa mula2 imam al mahdi akan muncul, itulah zmn islam maju( tnda2 kiamat)..kemudian munculnya nabi isa a.s utk mnentang dajjal laknatullah..kemudian setelah nabi isa a.s wafat, muncul asap yg akan mematikan orang islam walaupun ada sedikit shj iman di dada..maknanya pada zaman itu tiada org islam yg tinggal, hnya org kafir yg memerintah..yakjuj makjuj akan cuba keluar dari lubang tetapi akan trjatuh semula apabila mndengar azan, namun apabila sudah tiada org islam yg hidup maka yakjuj makjuj akan keluar utk memusnahkan bumi..dan kiamat berlaku..hanya ALLAH SWT shj yg tahu yg mna benar..

    ReplyDelete
  21. sungguh sangat bagus artikel,
    saya minta ijin covas (copy vaste) untuk di posting di blog saya.

    ReplyDelete
  22. Assalamualaiko saudara anwar sy suka. Saudara anwar menerangkan setiap cerita yg di tulis saudara anwar.. Kerana setiap yg ditulis serta diterangkan saudara anwar sy paham.. Dan dapat menimba ilmu.. Terima kasih... Semoga dengan izin Allah SWT saudara dapat membimbing manusia kejalan yg benar... Assalamulaikom...

    ReplyDelete

Perhatian, segala entri dan 80 peratus daripada gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini adalah hasil dari rekaan dan idea My Cahaya Post. Gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini mempunyai bandwidth-nya yang tersendiri dan menyebabkan anda tidak boleh sesekali mengambil URL gambar-gambar tersebut. Jika anda ingin berbuat demikian, sila download gambar-gambar yang anda mahu dan upload semula di dalam blog anda. Selepas anda berbuat demikian, sila inform saya melalui ruangan komen, facebook page, email mahupun shoutbox. Sekian, terima kasih.

Bilangan Pelawat

Entri Terlaris

Hantarkan Email Anda