• My Cahaya

    Lari Dari Kegelapan Menuju Cahaya

Friday 29 July 2011

Golongan Tabligh Semakin Dibenci




















Sabtu 23/7/2011.. pada suatu petang nan indah, sedang aku menaiki motosikal bersama adikku menuju ke kedai untuk membeli pembalut buku dan majalah.. tiba-tiba aku terserempak dengan segerombolan jemaah tabligh yang lengkap berjubah dihiasi dengan vest yang segak bergaya sedang berada di kawasan taman permainan.. tiba-tiba adikku berbisik di telingaku bahawa dia terdengar seperti ada remaja-remaja yang sedang menghina tabligh tersebut.. adikku menyambung lagi bahawa remaja itu seolah-olah berhasrat seperti mahu melarikan diri daripada jemaah tabligh tersebut mungkin kerana tabligh itu dianggap sebagai pengganggu kehidupan mereka.. kata-kata adikku tadi benar-benar telah membangkitkan kembali memori hitamku ketika aku masih berusia remaja seperti mereka....

Peristiwa 1

Masih segar di ingatanku, sewaktu aku masih kecil dahulu iaitu ketika usiaku di dalam lingkungan 8 tahun, sedang aku leka berseronok bermain-main bersama dengan abangku diatas pokok ceri, tiba-tiba suasana bertukar menjadi riuh rendah.. kelihatan seperti jiran-jiranku sedang tergopoh gapah memasuki ke dalam rumahnya masing-masing lalu gedegunggg!! bunyi pintu dan tingkap ditutup rapat-rapat lalu mereka menyepikan diri di dalam rumah.. shuuu~~ hanya tinggal bunyi hembusan angin petang sahaja yang bermain di telingaku.. segala bunyi rancak riuh-rendah jiran-jiranku yang sedang berbual-bual sebentar tadi terus lenyap begitu sahaja.. Aku jadi terpinga-pinga, apa yang sedang berlaku? Dari kejauhan aku dapat melihat seperti ada 7 hingga 8 orang manusia berjubah putih bersih lengkap berserban serta berkopiah sedang menuju ke arah satu persatu rumah jiranku..

Assalamualaikum.. Assalamualaikum.. Assalamualaikum! Sebanyak 3 kali wakil kumpulan berjubah putih itu memberikan salam tetapi tidak dijawab oleh sang jiran seolah-olah mereka tiada di rumah.. lalu kumpulan berjubah putih bersih itu bersinggah pula ke rumah jiranku yang di sebelahnya.. namun peristiwa yang sama tetap berulang iaitu salam yang diberikan sebanyak 3 kali tetap juga tidak berjawab.. begitulah juga seterusnya.. hanya 2,3 buah rumah sahaja yang menyahut salam daripada manusia berjubah putih itu.. aku menjadi amat kehairanan, kesan daripada peristiwa itu telah menyebabkan aku menjadi kecut perut seolah-olah kumpulan jemaah berjubah putih itu adalah seorang manusia yang sangat menakutkan disamping matanya yang hitam bercelak (kelihatan garang).. maklumlah ketika itu aku masih kecil dan tidak mengerti apa yang sedang berlaku. Akhirnya kumpulan berjubah putih itu terus berlalu sehingga lenyap dari pandangan mata maka lorong di rumahku kembali meriah seperti sediakala…



Peristiwa 2

Peristiwa kali ini pula berlaku sewaktu aku di tingkatan-5.. ketika itu seluruh keluargaku telah pun berpindah di Kuantan.. Setiap petang di Kuantan, aku banyak menghabiskan masa bersama-sama rakan-rakanku seperti menunggang motosikal, berseronok sambil melihat rakan-rakanku bermain gitar, melepak sambil berbual kosong, ‘mencuci mata’, bermain games dan sebagainya.. tetapi segala aktiviti aku petang itu pasti akan musnah apabila jemaah tabligh datang menziarah. Aku serta rakan-rakanku yang lain pasti akan berlari lintang pukang lalu menyorokkan diri apabila jemaah tabligh singgah melalui lorong di kawasan rumahku.

Demi Allah swt, ketika itu aku amat terpengaruh dengan rakan-rakanku dan seringkali aku terdengar rakan-rakanku mencaci maki jemaah tabligh itu. Alhamdulillah ketika itu aku tidaklah terpengaruh sehingga tergamak untuk mengutuk hina tabligh itu, aku hanya menyembunyikan diri sahaja. Apa yang aku tahu ketika itu pengatahuan aku terlalu cetek mengenai tabligh.. Dengan kuasa Allah swt, mungkin Allah swt nak tunjuk.. tibalah pada suatu masa aku cuba memberanikan diri untuk bersua muka dengan jemaah tabligh tersebut supaya dapat membongkar segala rahsia misteri ketakutan masyarakat terhadap golongan tabligh.. aku pun mendekati jemaah tabligh tersebut..

“Assalamualaikum dik..” “Waalaikumsalam” balasku.. “sehari ada 24jam dik, abang hanya menggunakan masa hanya lebih kurang 10minit sahaja untuk berkata-kata..” lalu jemaah tabligh itu berdakwah selama 3-4 minit.. 3-minit lagi pula para jemaah tabligh itu menjemput seluruh ahli keluargaku untuk hadir ke majlis makan-makan di masjid berdekatan serta menghadiri ceramah agama di sana pada hari sabtu. Tugas aku ketika berdepan bersama para jemaah tabligh tersebut hanyalah menjadi seorang pendengar.. diulangi.. PENDENGAR! Tak susah pun. Setelah mendengar, aku kembali menyambung rutin harianku.


Ya Allah! Kenapa? Kenapa selama ini masyarakat begitu takut dengan tabligh?? Kenapa masyarakat terlalu takut dengan golongan manusia yang teramat-amat mulia ini? Jika masyarakat takut untuk mendengar ceramah tabligh yang dianggap sebagai membuang masa, tetapi kenapa masyarakat boleh pula menghabiskan masa berjam-jam hanya untuk mengumpat sesama jiran sendiri! Setelah aku mengetahui segala arah tujuan dan gerakan jemaah tabligh itu, aku berasa terlalu kesal kerana mengelakkan diri daripadanya suatu ketika dahulu.. sedangkan jemaah tabligh itu sedang melakukan apa yang pernah dilakukan oleh Rasullullah saw! Kenapa kita mencela dan melarikan diri daripadanya pula? Sedarkah kita bahawa kita tidak ubah sedikit pun seperti masyarakat Jahilliah seperti mana ketika zaman Rasullullah saw dahulu iaitu melarikan diri ketika Nabi Muhammad saw sedang menyampaikan dakwah secara terang-terangan..

Janganlah jadi seperti itu. Jika anda semua tidak mahu mendengar ceramah daripada jemaah tabligh yang datang menziarah, itu terpulang diatas diri anda sendiri mungkin tiada masalah.. yang penting janganlah di caci maki, dihina serta memandang rendah golongan tabligh tersebut.. janganlah jadi seorang yang prejudis dan stereotaip ok.. golongan tabligh tidak sesat, jangan muda percaya fitnah orang lain! Kalau tidak mahu mendengar ceramah tabligh silalah ketempat lain, tetapi janganlah menghina golongan yang teramat mulia itu. Cuba kita perhatikan semula, Britney Spears, Siti Nurhaliza, Lady Gaga, Faizal Tahir dan lain-lain amatlah pula disanjung-sanjung tinggi oleh masyarakat malah sanggup untuk menghadiri konsert mereka yang mahal sehingga berpuluh-puluh dan beratus-ratus ringgit! Tetapi golongan tabligh yang hanya mengambil masa selama 5-minit sahaja untuk berceramah pula dihina serta dilabel sebagai sesat. Adakah kita ini termasuk di dalam golongan masyarakat Jahilliah? Tepuk dada tanya iman.

Wassalam..

Anwar Suran Home 2011


Share:

Saturday 9 July 2011

Berpindah Ke Domain Sendiri



Assalamualaikum wbt


Apa khabar semua.. harap anda semua sihat serta sentiasa dirahmati Allah swt amin.. Untuk entri kali ini agak simple jer ok, hanya nak beritahu yang penulis telah berjaya mendapatkan domain sendiri iaitu ‘www.anwarsuran.com’... Penulis beli domain ni daripada ‘NetKL’ sekali dengan pemasangan hanya dengan yuran RM3 sahaja.. Harga domain kat NetKL tiadalah mahal mana, hanya lebih kurang RM31 setahun! Amatlah berbaloi jika anda semua (para bloggers remaja) untuk mendapatkannya..

Jika anda menggunakan alasan tiada duit untuk membelinya maka anda telah menipu diri anda sendiri.. sedangkan untuk topup RM10 seminggu pun anda mampu apatah lagi untuk membeli domain yang hanya dengan harga lebih kurang RM35 setahun.. Itu belum kes bergaduh dengan pakwe makwe lagi.. agaknya kalau bergaduh, mungkin mencecah RM50 semalaman hanya nak pujuk makwe yang tengah merajuk tuh. So, janganlah berpakwe makwe ni ok.. Alamak, terlari topik pulak haha.

Mesti anda pelik.. penulis baru jer tak sampai setahun ber-blogging tiba-tiba jer dah beli domain sendiri.. Penulis beli domain nie awal-awal agar Google dapat crawl penulis punya blog nie dengan nama www.anwarsuran.com ok.. penulis tak mahu la bila blog penulis dah ramai pembaca nanti baru terhegeh-hegeh nak beli domain sendiri.. nanti penulis punyer page rank blog penulis akan kembali kepada 0! Sangat leceh.. lebih baik beli awal-awal..

Bagi sesiapa yang masih belum tahu apakah itu domain maka penulis akan terangkan dengan gaya bahasa yang mudah ya.. Kalau anda baca penerangan para blogger yang lain mungkin agak penat sedikit kerana penerangan mereka yang agak panjang lebar itu.. Baiklah, straight to the point.. sebenarnya makna domain adalah alamat atau URL blog kita contohnya:

Alamat blog tanpa domain sendiri: http://anwarsuran.blogspot.com  atau http://anwarsuran.wordpress.com

Alamat blog yang ada domain sendiri: http://www.anwarsuran.com

Jadi kesimpulannya, mempunyai domain sendiri ini bermakna kita tidak menumpang alamat orang lain seperti blogspot, wordpress, ning atau lain-lain atau dengan kata yang lebih mudah iaitu alamat blog kita itu adalah hak mutlak untuk diri kita.. tapi kalau tak bayar RM30 setahun pun tak guna jugak..


Extra: Apakah itu Hosting?

Ok, sebagai ilmu tambahan penulis akan menerangkan tentang hosting pulak.. apakah itu hosting? Baiklah.. hosting ini adalah tempat untuk anda menyimpan dokumen anda di dalam internet seperti gambar-gambar, video, dan sebagainya.. jika anda upload picture anda di dalam facebook maka gambar-gambar serta video anda itu akan disimpan di dalam hosting facebook, jika anda upload gambar-gambar anda di dalam blogger atau nama terbarunya iaitu 'Google Blog' maka picture anda akan disimpan di dalam hosting 'Google Picture'.. faham ke?  Ok, satu lagi contoh.. jika anda simpan dokumen anda di dalam http://photobucket.com maka gambar-gambar anda akan disimpan di dalam hosting photobucket lah ok.. ini bermakna anda telah menyimpan gambar anda di dalam hosting hak milik orang lain..

Jadi, makna hosting persendirian pula adalah hosting hak milik anda sediri iaitu segala dokumen, gambar serta video anda akan disimpan di dalam hosting hak milik anda sendiri dan dibawah tanggung jawab sendiri.. anda juga boleh menyimpan gambar anda yang tidak menutup aurat tanpa perlu risau ada orang mencerobohnya.. jika anda menyimpan gambar atau video anda di dalam hosting orang lain contohnya picasa web album, flikr atau photobucket.. confirm ler admin hosting itu akan dapat melihat segala gambar anda.. so, kalau admin tu sebarkan gambar seksi anda maka secara automatik nyer anda akan menanggung dosa itu ok.. Jadi, itulah kelebihan mempunyai hosting sendiri.. kelemahannya cuma anda perlu membayar lebih kurang RM60 setahun.. so, bila anda dengar jer tentang duit mesti anda gelapkan mata, pekak kan telinga haha!

Ok itu sahaja untuk entri kali ini.. Wassalam


Anwar Suran Home 2011

Share:

Wednesday 6 July 2011

Evolusi Permainan Video (Bahagian 2)



Sambungan dari entri: Evolusi Permainan Video (Bahagian 1)


Final Fantasy

Saya mula mengenali siri Final Fantasy ketika melihat rakan saya yang leka bermain games terbabit di Gameboy-nya, apabila saya mencubanya ternyata RPG dari jepun ini memang mampu menarik peminat games RPG. Saya hanya sempat mengikuti beberapa sirinya sahaja kerana terlalu banyak, pada pendapat saya siri FF yang paling best saya main adalah siri FF VIII dan yang terbaru ini otw nak habis FF XIII untuk PS3. Final Fantasy dibangunkan oleh Hironobu Sakaguchi dari  Square Enix Jepun yang amat kreatif dalam mengatur jalan cerita yang rumit dan sistem permainan yang menarik, disamping rekaan watak-watak manga like yang versetail. Senarai dibawah hanya menyatakan siri-siri utama sahaja dari kesemua 20 sirinya.

Final Fantasy I (1987) Nintendo
Final Fantasy II (1988) Nintendo
Final Fantasy III (1990) Nintendo
Photobucket
Final Fantasy IV (1991) Nintendo
Final Fantasy VI (1994) Nintendo
Photobucket
Final Fantasy VIII (1999)  PS
Photobucket
Final Fantasy IX (2000) PS
Photobucket
Final Fantasy X (2001) PS2
Photobucket
Final Fantasy X-2 (2002) PS2
Photobucket
Final Fantasy XI Online (2006) PC/PS3-Play Station Network (PSN)
Photobucket
Final Fantasy XII (2006) PS2
Photobucket
Final Fantasy XIII (2009) XIII PS3/Xbox 360
Photobucket
Final Fantasy XIII-2 (2011/2012) PS3/Xbox 360


Gran Turismo Real Driving Simulation

Semasa saya mula membeli PS ketika dahulu, games racing yang terbaik pernah saya main adalah judul Gran Turismo dibangunkan oleh SONY inc.. Kawalan stereng adalah didasarkan kepada realistik handling (macam kereta betul) jadi apabila dah real handling maknanya susah bila nak kawal guna joystick biasa, sebab itu sesiapa yang mat2 GTfan sanggup beli stereng semata-mata untuk main games ini. Seperti games racing yang biasa kita mainkan, kita hanya perlu racing sampai lebam kumpul duit bikin kereta kemudian racing sampai tamat, bosan bukan? Tetapi bagi GT kita diberikan career seolah-olah real life. 


Sebelum boleh berlumba kita perlu membuat lesen dahulu yang terbahagi kepada kelas tersendiri sebelum boleh menyertai perlumbaan di litar. Bilangan kereta yang dibekalkan melebihi 50 jenis jenama kereta seluruh dunia, dan lebih dari 1000 buah kereta. Masa permainan adalah dianggarkan 500jam untuk ditamatkan.. lama bukan? Saya sendiri tidak pernah menamatkan games ini kerana litarnya yang banyak + perlu buat lesen yang susah giler + lapnya yang panjang lebih kurang 99 lap untuk satu litar + duit career yang ciput untuk membeli kereta baru. Apa-apapun SONY adalah genius dalam membina games. Berikut adalah senarai evolusi GT dari siri pertama hingga terbaru 2011.


Photobucket
Gran Turismo (1997/1998) PS
Photobucket
Gran Turismo 2 (1999/2000) PS
Photobucket
Gran Turismo 3: A-Spec (2003) PS2
Photobucket
Gran Turismo 4 (2005) PS2
Photobucket
Gran Turismo 5 (2010) PS3


Grand Theft Auto 

Inginkan games yang free-will dan open-world? Judul Grand Theft Auto (GTA) dibangunkan pada awalnya oleh DMA Design Tarantula Studios dan kemudiannya diambil alih oleh ROCKSTAR pada tahun 2002. Ia direka sedemikian rupa untuk memaksimumkan kepuasan pemain. Dari merampas motosikal, kereta, bas, boat, sehingga ke helikopter dan jet pejuang, kita boleh membawanya mengelilingi keseluruhan bandar yang luas. Disamping membuat misi-misi pembunuh upahan dan menuntut bela, games ini juga menyediakan jalan cerita yang diluar misi seperti berdating, berhibur di kelab, mencari barang tersembunyi dan sebagainya. Namun begitu judul ini telah di senarai hitamkan di negara-negara timur tengah kerana mengandungi unsur ganas, dadah, seks, bahasa kesat dan menyentuh sensitiviti agama. Apa-apapun saya memberi rating 10/10 untuk games GTA, terbaik !

Photobucket
Grand Theft Auto (1996) Nintendo/PS
Photobucket
Grand Theft Auto II (1999) Nintendo/PS

Photobucket
Grand Theft Auto III (2001) PC/PS2/Xbox

Photobucket
Grand Theft Auto: Vice City (2002) PC/PS2/Xbox

Photobucket
Grand Theft Auto: San Andreas (2004) PC/PS2/Xbox

Photobucket
Grand Theft Auto IV: Liberty City (2008) PC/PS3/Xbox 360

Photobucket
Grand Theft Auto IV: Episode From Liberty City  Online (2009) PC/PS3/Xbox 360


Sebenarnya masih banyak lagi judul-judul games yang pernah saya main ketika dahulu ingin saya kongsikan bersama pembaca, namun saya rasa jika dilanjutkan takut post ini jadi macam website games seperti gamespot, IGN, dan seumpamanya. Jadi kesimpulannya dapat diperhatikan grafik sesebuah games akan sentiasa bergerak bersama-sama dengan kemajuan pesat teknologi semasa, malah semakin lama peningkatan grafik semakin pantas dari tahun ke tahun.

Perhatikan, sela masa antara Nintendo 16bit dan Play Station 1 adalah 10 tahun, dari PS1 ke PS2 adalah 4 Tahun, Dari PS2 ke PS3 3 Tahun, dan dijangka penghujung 2012 ini Play Station 4 dan Xbox 720 akan dilancarkan. Begitu juga dengan perkembangan teknologi perkakasan PC, jika hari ini kita membina sebuah PC tercanggih, tahun hadapan ianya menjadi sebagai ketinggalan. Jadi kepada sesiapa yang terus ternanti-nanti dan masih sayang untuk membeli konsol games/PC dengan alasan untuk tunggu yang paling canggih, alamatnya ke lubang kuburlah wang anda itu.

Nasihat disini, kepada kaki games di luar sana, mainlah berpada-pada, tanggungjawab sebagai orang Islam jangan diabaikan, bergaullah dengan masyarakat, jadikanlah bermain games itu hanya untuk menghilangkan bosan sementara. Assalamualaikum.


Sekian Terima Kasih

Anwar Suran Home 2011

Share:

Tuesday 5 July 2011

Evolusi Permainan Video (Bahagian 1)



Evolusi Permainan Video Dari Tahun 1980-2011


Post untuk kali ini saya ingin menyentuh isu berkenaan permainan video atau video games (walaupun sekarang dah tak menggunakan output video). Memandangkan saya memang gemar bermain games hampir semua genre games sudah saya sentuh, dari racing, ke tembak menembak, simulasi, 3rd person shooter, RPG, strategi masa kini semua saya sapu asalkan ianya games. Saya mula mengenali games seawal umur 4 tahun iaitu brickgame, kemudian beralih kepada games konsol sega pada umur 5 tahun, manakala menceburi games PC pada  usia 8 tahun dan sehinggalah kehari ini saya sentiasa mengikuti perkembangan terkini games, yang terbaru ini saya mengikuti siri-siri games untuk PC dan PS3 pula. 


Bagi generasi yang lahir ketika era 80-an pasti tidak terkecuali dengan video games. Pastinya ia menyimpan nostalgia lama, diamana music midinya masih teralun di dalam minda kita semua. Dari permulaan era  video games diperkenalkan pada tahun 1971 sehingga kehari ini. Perkembangan pesat Central Processing Unit (CPU)  dan Graphical Processing Unit (GPU) dan perkembangan teknologi televisyen berdefinisi tinggi, LCD dan LED  telah banyak memberi perubahan dari segi graphic yang ternyata jauh meningkat, dan sekaligus merubah perspektif permainan dan latar ceritanya ternyata lebih serius dan memerlukan kemahiran tinggi kepada pemain. Malahan kapasiti bagi purata setiap video games masakini di anggarkan di antara 15-20GB bagi memuatkan graphic berdifinisi tinggi iaitu 1080p HD dan kualiti Sound Dolby digital 5.1 dalam cakera Blu-ray dan DVD-9.


Bagi generasi yang baru pula, mungkin mereka tak ambil tahu pun dimanakah asal-usul nenek moyang games-games tersebut. Mereka hanya mengenali games yang bergrafik tinggi pada hari ini disebabkan perkembangan internet dan banyak cawangan cyber cafe dibuka. Jadi post untuk kali ini adalah untuk berkongsi bersama pembaca, bagaimanakah rupa keadaan grafik yang pernah saya mainkan ketika masih kecil dahulu dan terus mengikuti evolusinya dari semasa ke semasa. 



METAL GEAR

Siri METAL GEAR  dibangunkan oleh syarikat perisian Konami Jepun pada awal tahun 1987 untuk konsol SNES Nintendo 16Bit.  Genre games ini adalah dalam kategori Action-Stealth. Siri terbarunya MGS 4 Guns of Patriot untuk pelantar PS3 memakan masa 3 tahun untuk menyiapkannya, Heido Kojima (pengasas siri Metal Gear) bagaimanapun masih tidak berpuas hati dengan teknologi PS3 kerana ia tidak dapat menjana grafik MGS4 seperti yang diharapkannya. Watak yang digunakan dalam siri ini tidak pernah bertukar iaitu Snake. Snake adalah nama watak hero games ini, dimana tugasnya adalah sebagai perisik kerajaan untuk menyiasat pembuatan senjata rahsia dari organisasi gelap, bagaimanapun ia dituduh sebagai pengkhianat oleh kerajaan yang mengupahnya, lantas Snake terus mencari orang yang menfitnahnya. Watak Snake terus digunakan, dari ia remaja pada siri MGS pertama sehinggalah ianya menjadi tua pada siri MGS 4.

Metal Gear (1987) Snes ROM
Metal Gear II: Solid Snake (1990) SNES Nintendo 16bit
Metal Gear Solid (1998) PC  dan Play Station (Pada tahun 2000)
Metal Gear Solid II: Wing of Liberty (2001) PC/Play Station 2/ XBOX
Metal Gear Solid III: Snake Eater (2004) Play Station 2
Metal Gear Solid IV: Guns of Patriot (2008) PS3
Metal Gear Solid: Uprising (2011) PC/PS3/Xbox 360


TOMB RAIDER

Tomb Raider adalah salah satu siri yang paling saya gemari ketika dibangku sekolah lagi, ia dibangunkan oleh syarikat perisian Eidos, Montreal Kanada. Tomb Raider merupakan siri pertama yang menggunakan enjin grafik 3D dan hasilnya boleh la dikatakan baik pada masa itu, namun grafiknya ketinggalan jauh untuk siri-siri seterusnya yang pada masa itu syarikat games lain telah jauh lebih maju. Namun, Eidos telah memperbaharui enjin penjanaan 3D   dan untuk siri Tomb Raider yang terkini yang dijangka akan dipasarkan pada awal 2012 ini ternyata  grafik akan memukau penggemar siri Tomb Raider. Tomb Raider adalah gelaran kepada seorang gadis yang bernama Lara Croft, beliau adalah pakar arkeolgi dan sejarah yang sentiasa dahagakan pengembaraan di kawasan-kawasan bersejarah dan artifak berharga, namun pengembaraannya diganggu oleh orgnisasi yang berniat jahat untuk merampas artifak-artifak berkenaan.


Tomb Raider (1996) PC
Tomb Raider II (1997) PC
Tomb Raider III (1998) PC
Tomb Raider IV (2000) PC/PS
Tomb Raider Chronicles (2002) PC/PS
Tomb Raider: The Angle of Darkness (2004) PC/PS2/Xbox
Tomb Raider Anniversary (2007) PC/PS2/Xbox
Tomb Raider Legend (2008) PC/PS2/Xbox
Tomb Raider Underworld (2010) PC/PS3/Xbox 360
Tomb Raider (Q1 2012) PC/PS3/Xbox 360



NEED FOR SPEED

Jika ingin bermain games racing, Siri NFS adalah yang terbaik bagi saya, diantara siri NFS yang saya ingati dan paling banyak menyimpan nostalgia ialah NFS II special edition. EA Games ternyata terus subur dengan idea-idea baru untuk siri NFS ini walaupun EA telah membangunkan NFS ini seawal tahun 1996. Namun jalan permainannya agak plain, dan tempoh permainannya hanya mengambil masa  lebih kurang 10jam sahaja untuk ditamatkan, mungkin agak membosankan.


The Need for Speed (1996) PC
Need for Speed II (1998) PC
Need for Speed III (1999) PC
Need for Speed: High Stake (2000) PC/PS
Need for Speed: Porsche Unleashed (2001) PC/PS
Need for Speed: Underground (2003) PC/PS2/Xbox
Need for Speed: Underground 2 (2004) PC/PS2/Xbox
Need for Speed: Most Wanted (2005) PC/PS2/Xbox
Need for Speed: Carbon (2006) PC/PS3/Xbox 360
Need for Speed: Undercover (2007) PC/PS3/Xbox 360
Need for Speed: Pro Street (2008) PC/PS3/Xbox 360
Need for Speed: Shift (2009) PC/PS3/Xbox 360
Need for Speed: Shift (2011) PC/PS3/Xbox 360



THE ELDER SCROLL

Siri The Elder Scroll kategori RPG yang terbaik kepada saya, boleh dikatakan antara games yang hebat diantara games RPG kerana memiliki unsur open-world, ditambahkan dengan jalan ceritanya yang mantap dan misi-misi yang seronok untuk diselesaikan. Dibangunkan oleh BETHESDA, sebuah syarikat Games yang tersohor hingga kini, siri yang paling saya minati adalah TES III: Morrowind dan TES IV: Oblivion, saya bermain hampir 3 bulan hanya untuk menamatkan misinya yang panjang dan menarik. Siri terbarunya TES V: Skyrim yang akan dipasarkan pada 11-11-11 ini (tak sabar menunggunya).  Mungkin ada yang tidak pernah bermain games ini kerana kurang diperkenalkan kepada umum. Tahniah kepada Tood Howard (pencipta TES) yang berjaya mencipta karya-karya ‘Master Pieces’.


The Elder Scroll: Arena (1990) PC/Snes 32bit
The Elder Scroll II: Fallen Dagger (1992) PC/Snes 32bit 
The Elder Scroll III: Morrowind (1998) PC
The Elder Scroll VI: Oblivion (2004) PC  PS3/Xbox 360 (2007)
The Elder Scroll V: Skyrim (11 Sept 2011) PC/PS3/Xbox 360



RESIDENT EVIL

Pengasas kepada siri tembak menembak 3rd Person Shooter 3D berlatar belakangkan zombie dan konspirasi kumpulan UMBRELLA, CAPCOM berjaya menghidupkan siri Resident Evil hingga ke generasi hari ini. Misteri kumpulan UMBRELA Corp masih belum terungkai dari tahun 2000 hingga ke hari ini. Siri Resident Evil telah menarik minat saya sejak dizaman era Play Station 1, jalan permainan yang mengujakan dan terdapat kuiz-kuiz yang mencabar minda, disamping terpaksa melawan makhluk zombie yang mengerikan hanya berbekalkan peluru yang terlalu terhad.


Resident Evil (2000) PS
Resident Evil 2: Code Veronica (2001) PS
Resident Evil 3: Nemesis (2003) PS
Resident Evil 4 (2005) PS2/Xbox
Resident Evil 5 (2009) PC/PS3/Xbox 360


Bersambung di entri: Evolusi Permainan Video bahagian 2



Anwar Suran Home 2011


Share:

Perhatian, segala entri dan 80 peratus daripada gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini adalah hasil dari rekaan dan idea My Cahaya Post. Gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini mempunyai bandwidth-nya yang tersendiri dan menyebabkan anda tidak boleh sesekali mengambil URL gambar-gambar tersebut. Jika anda ingin berbuat demikian, sila download gambar-gambar yang anda mahu dan upload semula di dalam blog anda. Selepas anda berbuat demikian, sila inform saya melalui ruangan komen, facebook page, email mahupun shoutbox. Sekian, terima kasih.

Bilangan Pelawat

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Entri Terlaris