Friday, 17 June 2011

4 Unsur Dalam Tubuh Manusia



Photobucket
Assalamualaikum wbt, apa khabar? Diharap para pembaca blog semua sihat dan ceria selalu la hendaknya ya. Entri kali ni adalah berkaitan dengan agama dan spiritual, jadi sebelum itu aku akan menggunakan kata ganti diri sebagai ‘saya’ ok.. barulah nampak sopan sikit (padahal kata ganti diri dengan Allah swt boleh la pulak guna sebagai 'aku’, wallahualam). Nanti saya cuba tanya pada yang lebih arif tentang bahasa diri itu ok! Insyaallah..

Baiklah, tanpa berlengah lagi, saya akan membahaskan 4 unsur yang ada pada diri manusia dan ia merupakan sebagai pelengkap di dalam tubuh kita.. jika salah satunya kurang, maka tidak sempurnalah hakikat kejadian kita.

1- Amarah dari unsur api
2- Kemahuan dari unsur angin
3- Cita-cita dari unsur air
4- Sabar dari unsur bumi

Untuk unsur-unsur yang berkenaan dengan pancaindera pula, saya akan terangkan dengan amat terperinci ok. Ia merupakan elemen yang paling penting didalam hakikat kejadian seorang insan..

1- Telinga dari unsur api
2- Mata dari unsur air
3- Hidung dari unsur angin
4- Mulut dari unsur tanah



Telinga adalah dari unsur api, kerana telingalah seseorang itu akan naik darah atau tersinggung persaannya lantaran terdengar tohmahan, cemuhan, umpatan serta hinaan dari orang lain. Tetapi kemarahan itu akan terpadam dengan sendiri apabila terdengar kata-kata yang manis dari seseorang seperti pujian, penghargaan atau berita yang gembira. Memang lumrah api akan terpadam apabila disimbah dengar air.




Mata pula adalah daripada unsur air kerana sifat air adalah pemantul cahaya. Bukankah dengan melihat sinar mata dari seseorang kita akan dapat mengatahui samada seseorang itu mencintai atau membenci diri kita. Kita juga akan dapat mengatahui sinar mata seseorang yang jahat seperti sang penipu ataupun orang yang jujur dan baik hati. Sesuatu aduan atau report tidak akan diterima sewenang wenangnya oleh polis sekiranya belum dapat dibuktikannya dan dilihat matanya ketika bersoal jawab. Ini kerana sifat air adalah pemantul cahaya.



Hidung adalah dari unsur angin. Hidung digunakan untuk kita bernafas dan mengenal bau-bauan. Dengan hidung, seseorang itu dapat mengatahui adanya bau wangi, bau busuk, bau hanyir, bau hancing, bau tengik bulu ketiak, bau kentut dan sebagainya. Angin adalah unsur yang sentiasa bergerak dan menyebarkan bau-bauan dan kemudian hidung akan menangkap bau-bauan itu tidak kiralah angin beracun ataupun bau ikan bakar kerana hidung adalah unsur angin



Yang terakhir sekali adalah Mulut iaitu berunsurkan tanah. Ini terbukti kerana mulut kerap menerima apa sahaja kedalamnya dan sukar untuk menolaknya. Cuba kita perhatikan tanah pamah dibumi ini ia akan menerima apa sahaja makhluk yang telah mati dan dipendamkan di dalamnya sehinggalah akhirnya turut menjadi tanah. Demikianlah sifat mulut manusia, sejak mula mata kita terjaga dari tidur sehinggalah mahu masuk tidur ditengah malam, cuba perhatikan iaitu pelbagai benda yang kita telah telan samada chicken chop, panadol, telur 3-suku, maggi, air kopi dan sebagainya.

Sebagaimana kita ketahui, tanah adalah tempat untuk kita bercucuk tanam. Jika kita menanam benih durian, maka akan bertumbuhlah pohon durian itu.. begitu juga jika kita menanam benih langsat maka pohon langsatlah yang akan bertumbuh. Amat mustahil jika kita tanam pokok bunga kaktus tetapi pokok balak pula yang bertumbuh. Jadi, begitulah juga hakikat mulut kita iaitu apabila kita berkata sesuatu kebaikan seperti berdakwah, memuji dan sebagainya maka kebaikanlah yang akan bertumbuh di tengah-tengah masyarakat kita dan andaikata kita menyebarkan keburukan seperti umpatan, fitnah serta ‘mulut laser’ maka akan bertumbuhlah kekecewaan dan pertelingkahan di tengah-tengah masyarakat tersebut.

Kesimpulannya, keempat-empat unsur tersebut merupakan pelengkap terhadap diri seorang manusia. Andaikata kekurangan satu daripadanya beerti tidak sempurna lagi keadaan manusia tersebut. Wallahualam. Ini sahaja entri fakta mengenai islam untuk kali ini.. nantikan fakta-fakta lain dilain hari ok, jadi jangan lupa untuk menjenguk blog ini selalu!


Terima kasih.



Anwar Suran Home 2011

Share:

3 comments:

  1. hurmm...bagus jugak ade info macam ni..apa apa pon terima kasih ... ;)

    ReplyDelete
  2. Wah,menarik..dari mana ya dpt pengetahuan ni?

    ReplyDelete

Perhatian, segala entri dan 80 peratus daripada gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini adalah hasil dari rekaan dan idea My Cahaya Post. Gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini mempunyai bandwidth-nya yang tersendiri dan menyebabkan anda tidak boleh sesekali mengambil URL gambar-gambar tersebut. Jika anda ingin berbuat demikian, sila download gambar-gambar yang anda mahu dan upload semula di dalam blog anda. Selepas anda berbuat demikian, sila inform saya melalui ruangan komen, facebook page, email mahupun shoutbox. Sekian, terima kasih.

Bilangan Pelawat

Entri Terlaris

Hantarkan Email Anda